Now Reading
Boleh Ke Puasa Tapi Tak Mandi Wajib? Ini Penjelasannya

Boleh Ke Puasa Tapi Tak Mandi Wajib? Ini Penjelasannya

Walau bagaimanapun, tindakan tidak mandi wajib itu akan menghalang seseorang untuk melakukan ibadah solat yang sememangnya diwajibkan bagi setiap umat Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang diketahui, berpuasa dari segi istilah syarak bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari.

Selain itu, niat juga merupakan rukun puasa yang diwajibkan oleh setiap umat Islam bagi membolehkan ibadah puasa mereka diterima oleh Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

Bagaimana pula jika seseorang itu sudah berniat dan tidak melakukan sebarang larangan tetapi tidak mandi wajib selepas berhadas besar? Macam mana dengan status puasa mereka?


Hukum Berpuasa Jika Tidak Mandi Wajib

Menerusi hantaran Facebook Najmi Farisham, individu ini menerima persoalan daripada orang ramai tentang hukum seseorang yang berpuasa di bulan Ramadan tetapi tidak mandi wajib.

Jelasnya, puasa tersebut tetap sah walaupun seseorang itu tidak mandi wajib sepanjang bulan Ramadan kerana ia tidak termasuk dalam syarat sah puasa.

Sumber: Pexels

Walau bagaimanapun, tindakan tidak mandi wajib itu akan menghalang seseorang untuk melakukan ibadah solat yang sememangnya diwajibkan bagi setiap umat Islam.

Ini kerana salah satu syarat sah solat adalah suci daripada hadas besar seperti keluar mani, bersetubuh, keluar haid atau darah nifas.

Sebagai umat Islam, individu ini menasihati agar tidak melewat-lewatkan mandi wajib bagi membolehkan kita menjaga pelaksanaan ibadah solat mengikut lima waktu seperti yang ditetapkan.


Penjelasan Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Juga Sama

Menurut sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mandi junub selepas terbit fajar pada bulan Ramadan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan dan ia tidak membatalkan puasa.

Malah, tidak ada halangan bagi orang yang berjunub untuk melewatkan mandi junub sehingga terbitnya fajar.

Ia berdasarkan dalil hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW pernah mendapati fajar telah terbit dan ketika itu beliau dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa. [Riwayat al-Bukhari (1927) dan Muslim (1106)].

Sumber: Pexels

Dalam satu hadis Abdurrahman pula bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan dengan mandi junub selepas waktu fajar, maka Aisyah dan Ummu Salamah berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ غَيْرِ حُلُمٍ، ثُمَّ يَصُومُ

Maksudnya: Adalah Nabi SAW dalam keadaan berjunub disebabkan selain dari mimpi, kemudian baginda meneruskan puasanya. [Riwayat al-Bukhari (1825) dan Muslim (1109)].

Berdasarkan nas, dalil dan padangan para ulama, maka hukum mandi junub selepas terbit fajar di bulan Ramadan adalah harus di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama.

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah

Baca Artikel Berkaitan: Tak Boleh Guna Inhaler, Makan Waktu Imsak & 5 Lagi Mitos Ketika Puasa Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Mana Nak Derma Barang Preloved Di Bulan Ramadan? Ini List Dari DBKL


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd