Now Reading
Tak Boleh Guna Inhaler, Makan Waktu Imsak & 5 Lagi Mitos Ketika Puasa Di Bulan Ramadan

Tak Boleh Guna Inhaler, Makan Waktu Imsak & 5 Lagi Mitos Ketika Puasa Di Bulan Ramadan

Antara mitos yang sering menjadi salah faham orang ramai ketika bulan Ramadan adalah seseorang itu tidak boleh menggosok gigi sewaktu sedang berpuasa.

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Puasa adalah salah satu ibadah yang diwajibkan kepada semua umat Islam apabila menjelang bulan Ramadan. Bukan setakat orang dewasa, malah ada juga kanak-kanak yang sudah diajar sejak dari kecil untuk berpuasa.

Selain tidak boleh makan dan minum, ada beberapa larangan lain yang tidak boleh dilakukan ketika waktu siang pada bulan Ramadan seperti merokok, muntah dengan sengaja dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Walau bagaimanapun, banyak mitos yang disalah erti oleh umat Islam dan menyangka ia akan membatalkan puasa seseorang jika perkara itu dilakukan ketika berpuasa.


Mitos Ketika Bulan Ramadan Yang Sering Disalah Erti Oleh Orang Ramai

Tidak dinafikan, wujudnya beberapa mitos yang membelenggu pemikiran masyarakat beragama Islam dan ramai yang percaya dengan perkara tersebut.

Menerusi sumber dari seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Rauuf dan Ustaz Fadhlullah, terdapat beberapa mitos yang perlu dibetulkan semula agar salah faham itu tidak berterusan dalam pemikiran orang ramai.

Antaranya:

1. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Perempuan Mengandung Tak Dibenarkan Untuk Berpuasa

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham
Sumber: TROPIKA

Segelintir individu masih memegang kepercayaan bahawa wanita mengandung dilarang untuk berpuasa ketika bulan Ramadan kerana bimbang boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.

Sebenarnya, wanita mengandung yang yakin bahawa kesihatan diri dan bayi dalam kandungan tidak akan terjejas kerana berpuasa dibenarkan berpuasa.

Namun ibu hamil yang mempunyai beberapa masalah kesihatan, dinasihatkan untuk tidak berpuasa.

BACA JUGA: Hamil Anak Kembar, Alahan Teruk & 5 Lagi Jenis Ibu Mengandung Yang Perlu Elak Puasa

2. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Tak Boleh Makan Waktu Imsak

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham
Sumber: Odua Images

Waktu Imsak adalah 10 minit sebelum azan Subuh berkumandang dan menandakan seseorang itu tidak boleh lagi makan atau minum dan membuat sebarang perkara larangan.

Mesti ramai yang ingat kita tak boleh makan waktu Imsak kan? Sebenarnya boleh lagi. Waktu Imsak itu berfungsi sebagai penanda untuk memberitahu bahawa waktu Subuh sudah dekat.

Selagi tak dengar azan Subuh, boleh lagi makan dan minum. Jangan risau!

3. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Tak Boleh Puasa Kalau Terlupa Nak Niat

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham
Sumber: Pexels/ KlikDokter

Antara soalan yang popular yang sering diajukan adalah bolehkah seseorang itu dikira berniat puasa dengan cara bangun sahur.

Difahamkan, seseorang yang bangun sahur untuk tujuan berpuasa pada siang hari dikira sebagai niat puasa. Cara yang paling selamat adalah dengan berniat puasa untuk tempoh satu bulan sepanjang Ramadan.

Niat puasa sebulan adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

BACA JUGA: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz

4. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Suntikan Boleh Batalkan Puasa

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham
Sumber: Homage Malaysia

Antara mitos lain yang dikatakan boleh membatalkan puasa seseorang adalah dengan menerima suntikan. Pemberian suntikan kesihatan seperti vaksin Covid-19 tidak membatalkan puasa seseorang ya sebenarnya.

Anda masih boleh meneruskan puasa seperti biasa.

5. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Tak Boleh Berus Gigi Ketika Berpuasa

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham
Sumber: Liputan6

Memberus gigi ketika sedang berpuasa bukanlah perkara larangan tetapi adalah perkara makruh.

Kita masih boleh untuk memberus gigi bagi mengelakkan mulut berbau. Tapi hati-hati ketika berkumur, jangan sengaja telan air kumuhan itu ya.

6. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Batal Puasa Jika Guna ‘Inhaler’

7 Mitos Ramadan Yang Ramai Salah Faham
Sumber: Health Tips

Mengikut syarat yang ditetapkan, memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dianggap telah membatalkan puasa tetapi penggunaan ‘inhaler’ untuk tujuan perubatan tidak dihalang dalam Islam. Ianya dibenarkan dan tidak membatalkan puasa seseorang.

Menurut sumber dari Mufti Perlis, semburan inhaler tidak sama seperti makanan dan minuman puasa mereka masih sah.

7. Mitos Puasa Di Bulan Ramadan: Solat Terawih Hanya Boleh Minimum Lapan Rakaat

Sumber: Islam Itu Indah

Secara umumnya, Solat Sunat Terawih mempunyai rakaat minimum sebanyak dua rakaat. Namun surau dan masjid di kebanyakan kawasan di Malaysia melaksanakan minimum lapan rakaat Solat Terawih.

Kalau anda tidak mempunyai kelapangan waktu dan hanya mampu untuk melakukan Solat Sunat Terawih sebanyak dua rakaat sahaja pun sudah memadai.

BACA JUGA: Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran


Bagaimana Untuk Jadi Lebih Produktif Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan?

Bulan Ramadan adalah tempoh di mana banyak ganjaran pahala yang akan diberikan kepada mereka yang banyak melakukan amal ibadah.

Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang ini untuk merebut ganjaran tersebut. Jadi, jom sama-sama hidupkan hari anda dengan lebih produktif ketika bulan puasa.

Antara tips untuk menjadikan puasa anda lebih produktif adalah seperti:

  • Mengamalkan kurma ketika bersahur dan berbuka puasa.
  • Elakkan tidur selepas bersahur.
  • Solat di awal waktu.
  • Ambil masa untuk berehat.
  • Kurangkan masa menghadap telefon.
  • Berzikir ketika mempunyai masa terluang.
  • Membuat senaman ringan.

BACA JUGA: Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Pastikan Ramadan Lebih Produktif

BACA JUGA: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala

BACA JUGA: Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd