Now Reading
Tak Tahu Mana Nak Derma Barang Preloved Di Bulan Ramadan? Ini List Dari DBKL

Tak Tahu Mana Nak Derma Barang Preloved Di Bulan Ramadan? Ini List Dari DBKL

Antara barangan yang disyorkan untuk menderma kepada golongan memerlukan adalah seperti kasut dan permainan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjelang bulan Ramadan yang bakal disambut oleh umat beragama Islam esok (12 Mac), rata-rata orang ramai menunjukkan semangat yang tidak terhingga untuk mengerjakan ibadah dengan bersungguh-sungguh.

Selain menunaikan Solat Sunat Terawih, orang ramai juga boleh digalakkan untuk bersedekah kerana setiap amal kebaikan yang dilakukan ketika bulan penuh rahmat ini akan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda berbanding hari biasa.

Antara amalan lain yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan ini adalah seperti menunaikan solat secara berjemaah, tadarus al-Quran, membaca sirah dan kisah para Nabi serta bersedekah.


Bantu Golongan Memerlukan Ketika Bulan Ramadan

Susulan bulan penuh rahmat ini, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu di ibu kota digalakkan untuk menyumbang makanan serta barangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Amalan sedekah itu sedikit sebanyak boleh membantu golongan tersebut untuk menyambut Ramadan dengan lebih selesa dengan kelengkapan mencukupi.

Sumber: Gambar sekadar hiasan

Memetik Harian Metro, beberapa lokasi telah disediakan bagi memastikan kualiti makanan dan kebersihan bandar.

Berikut adalah tiga lokasi di mana anda boleh menyalurkan derma:

“Ketiga-tiga lokasi khas ini diwujudkan sebagai inisiatif kawalan kepada kualiti makanan dan dalam masa sama menjaga kebersihan di sekitar Kuala Lumpur,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Lokasi Pengumpulan Barang Mengikut Parlimen

Di samping itu, DBKL menerusi perkongsian di laman Facebook turut menyenaraikan 11 lokasi lain di mana orang ramai boleh menghulurkan bantuan mengikut kawasan parlimen masing-masing termasuklah Parlimen Batu, Parlimen Kepong, Parlimen Bukit Bintang, Parlimen Segambut dan sebagainya.

Beberapa barangan yang disarankan untuk menderma adalah seperti yang berikut:

  • Pakaian dewasa dan kanak-kanak
  • Aksesori lelaki dan wanita
  • Kasut lelaki dan wanita
  • Permainan kanak-kanak

Ganjaran Untuk Mereka Yang Bersedekah Ketika Bulan Ramadan

Pahala bersedekah yang dijanjikan oleh Allah SWT memang sangat banyak sehingga boleh mencapai 700 kali ganda lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan pada malam Lailatul Qadar.

Sedekah tidak semestinya dari segi kewangan sahaja. Seperti yang dinyatakan oleh DBKL, barangan terpakai di rumah juga boleh dihulurkan sebagai satu bentuk derma.

Bahkan, memberikan atau menyediakan makanan kepada mereka yang sedang berpuasa juga dikira sebagai sedekah.

Sumber: Pexels

Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” 

[Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi]

Kami dari team TRP mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh dunia. Marhaban Ya Ramadan.

Baca Artikel Berkaitan: 7 Amalan Yang Boleh Dilakukan Menjelang 10 Hari Terakhir Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd