Now Reading
Layakkah Anak Mewarisi Harta Jika Ibu Bapa Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan Naik Kereta Dipandunya?

Layakkah Anak Mewarisi Harta Jika Ibu Bapa Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan Naik Kereta Dipandunya?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, mahkamah perlu menyatakan sama ada si anak membunuh secara sengaja atau sebaliknya untuk menentukan pemberian harta pusaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Harta pusaka adalah sebarang harta yang ditinggalkan oleh si mati seperti wang, tanah, rumah dan sebagainya kepada waris.

Menurut Majlis Agama Islam Johor, simpanan KWSP, sewa yang belum dijelaskan kepada si mati dan semua harta diperoleh si mati secara halal juga dikira sebagai harta pusaka.

Namun begitu, kes mendapatkan harta pusaka waris masih menjadi perdebatan di kalangan masyarakat di mana ada yang tidak pasti tentang hukum menerimanya jika terlibat dengan sesuatu situasi seperti kemalangan bersama si waris.


UAI Perjelas Pembunuh Tidak Dapat Warisi Harta Pusaka

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial menerusi akaun TikTok (@ridzuan032460) berkongsi video memaparkan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberikan tazkirah.

Dalam perbincangan itu, UAI telah memberikan jawapan tentang satu situasi yang diterima olehnya.

Seorang individu bertanya, “Betul ke kalau kita bawa ayah menaiki kereta kemudian terlibat dalam kemalangan. Ayah mati, saya sahaja yang hidup. Kita tidak boleh terima pusaka.”

Memperjelaskan kenyataan tersebut, UAI berkata status adakah anak itu tidak boleh mendapatkan harta pusaka milik ayahnya adalah mengikut Wabihi Tafsirun iaitu perlu dilihat beberapa situasi.

Katanya, terdapat hadis-hadis Nabi SAW yang menyebut, orang yang membunuh tuan harta tidak akan dapat mewarisi harta tersebut.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa punca utama yang mendorong seseorang untuk tidak mendapatkan harta pusaka waris iaitu:

  • Murtad.
  • Merupakan pembunuh tuan kepada harta.

Menerusi semakan kami di portal Majlis Agama Islam Johor, berlainan agama juga adalah faktor mengapa seseorang itu tidak layak menerima harta pusaka.


Mahkamah Akan Tentukan Tertuduh Bunuh Dengan Sengaja Atau Tidak

Namun begitu, dalam konteks asal iaitu melibatkan kemalangan, UAI berkata bahawa kita tidak boleh terus mengandaikan bahawa pelaku secara automatik tidak mendapat harta pusaka berkenaan.

Dalam kes seperti ini, pihak berkuasa mahkamah akan menentukan sama ada suspek bersalah atas kes sengaja membunuh. Selepas itu, harus dilihat juga jenis hukuman yang bakal diterima oleh tertuduh.

@ridzuan032460

Hukum pemandu yang menyebabkan kemalangan maut

♬ 原声 – Ridzuan – Ridzuan

Kes membunuh pula terbahagi kepada dua iaitu membunuh secara sengaja atau ‘membunuh yang diserupakan’ dengan sengaja.

Membunuh secara sengaja adalah apabila seseorang untuk itu berniat untuk memudaratkan mangsa menggunakan alatan dan bakal dikenakan hukuman mati.

Manakala membunuh yang diserupakan dengan sengaja adalah apabila orang itu berniat untuk memudaratkan mangsa tanpa menggunakan sebarang alatan. Kes sedemikian tidak akan dikenakan hukuman mati.

Mengulas lanjut tentang situasi membawa kereta, UAI berkata bahawa kenderaan boleh menyebabkan seseorang itu terbunuh dan mahkamah boleh mengklasifikasikan ia sebagai membunuh secara sengaja.

Oleh disebabkan itu, si anak atau penama tidak akan menerima harta pusaka waris.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Faraid Perabot & Barangan Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Penerima Hibah Meninggal Dunia? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd