Now Reading
Penerima Hibah Meninggal Dunia? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Penerima Hibah Meninggal Dunia? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Terdapat dua jenis hibah bagi akad pemberian pemilikan harta kepada seseorang iaitu Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sesetengah individu membuat perancangan harta dengan mengambil hibah menerusi agen yang sah didaftarkan.

Apa itu hibah?

Hibah bermaksud suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada individu lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Untuk lebih mudah difahami, hibah itu bertindak sama seperti ‘hadiah’.

Kebanyakan mereka yang mengambil hibah meletakkan nama pasangan suami isteri atau ahli keluarga sebagai penama sekiranya mereka meninggal dunia.

Sumber: Sinar Harian

Dua jenis hibah iaitu Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat

Baru-baru ini, pengguna Twitter (Zaidi Nordin) menceritakan satu situasi di mana seorang suami tidak boleh sesuka hati menukar nama penerima hibah kepada anak-anak selepas isterinya sudah meninggal dunia.

Urusan penukaran nama penerima hibah daripada arwah isterinya hanya boleh ditukar kepada nama anak-anak selepas mempunyai surat kuasa Pentadbir.

Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis hibah iaitu:

  • Hibah Mutlak
    • Akad hibah dibuat semasa hidup dan pemilikan harta berpindah dari pemberi kepada penerima. Sekiranya penerima hibah meninggal terlebih dahulu, maka ia akan menjadi harta pusaka penerima serta milik mutlak waris-warisnya mengikut hukum faraid.
  • Hibah Bersyarat
    • Akad hibah dibuat semasa hidup tetapi pemilikan harta tidak berpindah dari pemberi kepada penerima. Ia akan bertukar milik hanya selepas kematian pemberi hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu, pemilik polisi boleh membuat perubahan pada bila-bila masa.

Boleh ke jika pemberi tak mahu melaksanakan Hibah Mutlak?

Berdasarkan situasi yang dikongsikan oleh pengguna Twitter di mana pemberi hibah tidak boleh menukar penerima daripada arwah isteri kepada anak-anak, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan melibatkan Pentadbir Harta Pusaka arwah isteri.

Boleh ke sekiranya pemberi tak mahu membuat Hibah Mutlak? Jawapannya BOLEH tetapi perlu mengikut proses yang ditetapkan.

Proses bagi menguruskan harta arwah boleh menjadi lebih mudah dengan adanya hibah takaful.

Hibah takaful ini bukan suami je boleh ambil, isteri nak ambil untuk suami pun boleh juga. Ibu bapa nak ambilkan untuk anak-anak pun tiada masalah.

Walau bagaimanapun, nak ambil hibah atau tidak itu bergantung kepada keputusan seseorang untuk menguruskan peninggalan harta.

Yang penting, pengagihan tersebut perlulah adil dengan semua pihak yang terlibat.

BACA JUGA: Ejen Takaful Buat Iklan Tiada Adab Undang Kemarahan Netizen


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd