Now Reading
Mufti Perjelas Hukum Faraid Perabot & Barangan Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia

Mufti Perjelas Hukum Faraid Perabot & Barangan Rumah Jika Pemilik Meninggal Dunia

Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa segala harta pusaka termasuklah perabot rumah dan perkakasan dapur perlulah dibahagikan mengikut hukum Faraid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pembahagian harta pusaka sering menjadi topik tumpuan yang dibincangkan oleh ahli keluarga selepas pemilik harta meninggal dunia.

Sesetengah individu juga sudah membuat perancangan harta dengan meletakkan nama pasangan suami isteri atau ahli keluarga sebagai penama sekiranya mereka meninggal dunia.

BACA JUGA: Penerima Hibah Meninggal Dunia? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Mengikut hukum dalam agama Islam, harta pusaka milik mereka yang sudah meninggal dunia perlulah dibahagikan mengikut secara Faraid.

Sumber: Majalah Labur

Hukum Faraid

Apa itu hukum Faraid?

Faraid adalah kadar pembahagian harta pusaka yang akan diwarisi oleh seseorang mengikut ketetapan hukum syarak seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran iaitu sebanyak enam bahagian seperti 1/2, 1/3, 2/3, 1/4, 1/6 dan 1/8.

Waris-waris yang tergolong sebagai waris fardu adalah seperti:

  • Isteri atau suami
  • Ibu atau nenek
  • Bapa atau datuk
  • Anak atau cucu perempuan
  • Saudara perempuan kandung
  • Saudara perempuan sebapa
  • Saudara seibu

Manakala syarat bagi membolehkan seseorang itu menerima harta pusaka mengikut pembahagian Faraid ini adalah:

  • Mempunyai pertalian darah
  • Beragama Islam
  • Mempunyai pertalian perkahwinan

Secara umumnya, waris-waris lelaki juga boleh mendapat harta pusaka tersebut secara asobah yang bermaksud pewaris yang tidak mendapat bahagian secara fardu seperti ditetapkan.

Kadar bahagian waris asobah adalah sama ada mengambil kesemua bahagian dalam harta pusaka atau baki setelah diberi bahagian waris fardu atau tidak mendapat bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardu.

Sumber: Harakah Daily

Perlu Atau Tidak Bahagikan Barangan Rumah Seperti Perabot Mengikut Hukum Faraid?

Baru-baru ini, timbul satu persoalan dalam kalangan masyarakat tentang pengurusan pembahagian harta melibatkan barangan di dalam rumah milik individu yang sudah meninggal dunia seperti perabot, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Berikutan itu, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penjelasan tentang situasi tersebut bagi menjawab persoalan yang timbul.

Mufti menjelaskan bahawa segala harta yang ditinggalkan oleh si mati termasuklah perabot, perkakas dapur dan sebagainya merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan secara faraid kepada waris yang berhak.

Sumber: Okezone Economy

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

أَلْحِقُوا الفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak. (Riwayat al-Bukhari (6732) Muslim 1615)


Sikap Sesama Pewaris Mempengaruhi Proses Pembahagian Harta

Pembahagian harta tersebut juga perlu mengambil perhatian beberapa perkara seperti:

  • Perlu bersikap tolak ansur.
  • Prihatin dengan orang lain.
  • Tidak menzalimi orang lain.
  • Tidak bergaduh sesama sendiri sehingga merenggangkan hubungan silaturahim sesama pewaris.

Bagi menentukan pembahagian harta pusaka, mereka perlulah melihat kepada nilai peninggalan tersebut.

Sekiranya barangan itu tiada nilai atau mempunyai nilai yang sangat rendah, jadi di sinilah pentingnya untuk seseorang bersikap bertolak ansur untuk membolehkan barangan itu diambil dengan meminta izin terlebih dahulu daripada pewaris lain.

Dalam pada itu juga, sikap tamak dan mementingkan diri tidak boleh menguasai diri terutamanya apabila melibatkan pembahagian harta kerana sifat ini boleh merenggangkan hubungan baik sesama keluarga.

Sumber: Fatihin Abshar

Kesimpulan

Hal ini dapat dirumuskan bahawa segala peninggalan si mati merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan secara faraid kepada pewaris yang berhak.

Pada masa sama juga, ahli pewaris perlu saling bertolak ansur dan prihatin sesama sendiri ketika menentukan jenis harta yang ingin dibahagikan secara faraid.

BACA JUGA: Suami Meninggal, Isteri Boleh Keluarkan Duit Dari Akaun Arwah Atau Tidak?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd