Now Reading
Bayaran Zakat Perlu Dihebahkan, Ini Sebabnya

Bayaran Zakat Perlu Dihebahkan, Ini Sebabnya

Hebahan tentang seseorang membayar zakat merupakan konsep yang disebut sebagai wudhuh al-amwal yang bermaksud ketelusan.

hebahan bayar zakat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam agama Islam, zakat merupakan salah satu Rukun Islam diwajibkan bagi setiap Muslim yang mempunyai harta melebihi nisab.

Terdapat beberapa jenis zakat yang diamalkan dalam Islam seperti zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat pelaburan dan zakat KWSP.

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ke Bayar Zakat Bila Keluarkan Duit KWSP? Ini Penjelasannya

Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan berzakat bagi membersihkan diri pembayar dan mewujudkan rasa syukur terhadap nikmat yang dikurniakan.


Perlu Ke Hebahkan Tentang Pembayaran Zakat?

Menerusi bebenang yang dimuat naik di laman X (Twitter @addien90s), lelaki ini menjelaskan mazhab Syafie berkata pembayaran zakat sebaiknya dihebahkan kepada umum bagi memberi inpirasi kepada orang lain.

Malah, hebahan tersebut juga boleh mengelakkan timbulnya syak wasangka jika ada sesetengah pihak yang mendakwa golongan berharta tidak mengeluarkan zakat.

Berbeza dengan amalan sunat dan sedekah yang perlu dirahsiakan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Kosmo)
Cara Untuk Menghebahkan Pembayaran Zakat

Kaedah untuk menghebahkan pembayaran zakat itu tidak terikat dengan sesuatu cara, asalkan ia memudahkan seseorang. Nak buat video pun boleh juga.

Mungkin ada yang terfikir bagaimana jika hebahan tersebut menimbulkan rasa riak atau ujub dalam hati manusia? Namun, soal perasaan yang tidak dapat dilihat bukanlah tugas manusia untuk menghukumnya.

Kaedah usul fiqh yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi Ibn Hajar al-Asqalani dan As-Syatibi menyatakan bahawa sesuatu hukum bagi manusia berdasarkan keadaan zahir, manakala urusan hati diserahkan kepada Allah SWT.


Boleh Ke Beritahu Jumlah Zakat Yang Dibayar?

Soal jumlah zakat yang dibayar pula, ia tidak menjadi masalah sekiranya nilai tersebut didedahkan. Bahkan ia sebenarnya lebih baik dari segi syariah bagi individu yang berjawatan tinggi dan berpengaruh.

Malah, perkara ini turut dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab serta Umar bin Abdul Aziz dan konsep ini disebut sebagai wudhuh al-amwal yang bermaksud ketelusan.

Syaikh Wahbah az-Zuhaili menerusi Tafsir al-Munir 3/71 menjelaskan bahawa sumbangan yang melibatkan manfaat orang ramai seperti pembinaan sekolah dan hospital juga dikategorikan sebagai afdal untuk dizahirkan.


Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Bayar Zakat Bernilai RM1.15 Juta

Baru-baru ini, pasangan pelakon tanah air serta ahli perniagaan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram menunjukkan mereka sedang membayar zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jumlah RM1.15 juta yang dibayar itu merupakan hasil perniagaan sepanjang tahun 2023.

Tambah usahawan tersebut, dia berharap bayaran zakat yang dilaburkan itu mampu membantu golongan memerlukan di luar sana.

Baca Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta

Sumber: Instagram @aeril_zafrel

Pada tahun lalu, Aeril Zafrel meraih penghargaan daripada pihak LZS kerana telah melunaskan bayaran zakat yang tinggi sebanyak RM50,000.

Kedua-dua pasangan selebriti itu mempunyai beberapa buah perniagaan sedia ada termasuklah Wawa Cosmetics dan syarikat produksi Respected Citizen Sdn Bhd.


Hukum Bayar Zakat Perniagaan

Menurut Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, seseorang usahawan diwajibkan membayar zakat perniagaan sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Berikut adalah syarat syarikat perniagaan wajib mengeluarkan zakat:

  • Perniagaan yang dimiliki oleh individu beragama Islam.
  • Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang merdeka.
  • Sempurna milik.
  • Cukup nisab. 
  • Cukup haul (setahun qamariah 354.3 hari).

Kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan ini adalah berdasarkan kepada nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah. Menurut firman Allah SWT:

“يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ”

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah al-Baqarah: 267]

Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Sebagai Penyanyi, Tak Culas Sejak 2019


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd