Now Reading
Kenapa Ada Bahasa Jepun Pada Papan Tanda Dalam KL Sentral? Ini Sebabnya

Kenapa Ada Bahasa Jepun Pada Papan Tanda Dalam KL Sentral? Ini Sebabnya

Ketika KL Sentral dibina buat pertama kali di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia masih mengikut Dasar Pandang Ke Timur iaitu melihat Jepun sebagai negara contoh.

bahasa jepun papan tanda kl sentral (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada mereka yang kerap menggunakan pengangkutan awam di Malaysia, mesti anda akan perasan bahawa papan tanda di negara ini kebiasaannya ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Meskipun umumnya masyarakat Malaysia juga terdiri daripada kaum India dan Cina, tetapi jarang kita lihat papan tanda di kawasan umum yang menggunakan bahasa Mandarin atau Tamil.

Tetapi lain pula yang berlaku di KL Sentral. Nak tahu apa yang berlaku? Teruskan membaca.


Netizen Persoal Penggunaan Bahasa Jepun Pada Papan Tanda Di KL Sentral

Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna Facebook Bohari Bin Ibrahim, lelaki ini mempersoalkan tentang penggunaan bahasa Jepun pada papan tanda di KL Sentral.

Dia berpendapat bahawa penggunaan bahasa tersebut boleh menjadi punca bahasa kebangsaan sudah mula kurang dimartabatkan.

Dalam hantaran itu juga disertakan dengan sekeping gambar dan ia mendapat pebagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya bengang selepas melihat penggunaan bahasa Jepun pada papan tanda di lokasi terbabit.

Malah sesetengah netizen turut membuat dakwaan bahawa negara matahari terbit itu cuba sedikit demi sedikit mahu menjajah Malaysia.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menyebut (tag) pihak KTM Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil perhatian tentang perkara ini.

Sumber: Facebook

Ini Sebenarnya Sebab Kenapa Ada Bahasa Jepun Pada Papan Tanda Di KL Sentral

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Mohd Ikhmal Mohd Iskandar tampil memberi respon terhadap hantaran mengenai penggunaan bahasa Jepun pada papan tanda di KL Sentral.

Menurut lelaki ini, papan tanda bahasa Jepun itu sudah lama dibina sedemikian rupa sebagai tanda penghargaan kepada seorang artikek dari Jepun iaitu Kisho Kurokawa.

Difahamkan Kisho Kurokawa itu adalah individu yang bertanggungjawab mereka bentuk KL Sentral.

Sumber: Reddit

Dalam pada itu, penggunaan bahasa Jepun tersebut adalah untuk menghargai kerajaan Jepun yang telah memberi impak besar kepada pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.

Tak salah untuk kita jadi bangsa yang prihatin, tapi janganlah terus sembur tak tentu hal kat media sosial seolah-olah ia hanya berlaku ketika Anwar Ibrahim adalah PMX.

Pengguna Faceboook Mohd Ikhmal Mohd Iskandar.

Untuk pengetahuan, ketika KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dibina buat pertama kali di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia masih mengikut Dasar Pandang Ke Timur sebagai negara contoh.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd