Butik Nike Di KLCC Diberi Sentuhan Baharu, Kini Fokus Pada Barangan Para Atlet
Nike KLCC dalam masa yang sama mengumumkan bahagian ‘grab-and-go’ eksklusif, di mana pelanggan boleh mengambil pelbagai jenis baju yang menampilkan cetakan nama negara dari Asia Tenggara.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nike pada 5 Oktober lalu telah membuka semula butik mereka di KLCC dengan ‘sentuhan’ baharu yang memberikan inspirasi, menghubungkan, serta melengkapi atlet dengan pakaian suka berprestasi terkini.
Butik Nike KLCC ini dijadikan destinasi utama untuk segala barangan sukan, tempat untuk atlet berinspirasi, berhubung dengan para atlet lain, serta komuniti tempatan.

Kalau nak cari barangan sukan, boleh masuk je di butik Nike. Hampir kesemuanya ada. Yang pastinya, korang boleh bersukan dan bergaya dalam masa sama di Nike KLCC.
Komitmen Nike KLCC Terhadap Atlet Wanita

Pihak Nike berkata, “Komitmen kami terhadap atlet wanita diperkukuhkan melalui perkhidmatan peribadi yang ditingkatkan serta direka khas untuk memenuhi keperluan dan keutamaan mereka.

“Ruang Nike KLCC yang diubahsuai dan kakitangan terlatih akan menawarkan pelbagai perkhidmatan dari sesi fesyen sehingga penyesuaian bra dan kasut di mana ianya direka untuk memberikan keselesaan dan sokongan tiada tandingan kepada atlet yang berusaha mencapai matlamat sukan mereka,” jelas Nike.
“Beyond Just A Place Of Sport”
Nike KLCC bukan sekadar tempat untuk membeli barangan sukan, butik ini juga bertujuan menghubungkan komuniti sukan dan ahli antara satu sama lain melalui acara dan aktiviti sukan.

Ini termasuk program berkumpulan, bengkel, sesi latihan peribadi, program NTC, dan aktiviti di kedai atau tempat sukan berdekatan.
“Grab-And-Go” Di Nike KLCC
Nike KLCC dalam masa yang sama mengumumkan bahagian ‘grab-and-go’ eksklusif, di mana pelanggan boleh mengambil pelbagai jenis baju yang menampilkan cetakan nama negara dari Asia Tenggara.
Bahagian ‘grab-and-go’ ini juga menawarkan pengalaman membeli-belah lancar, sesuai untuk pelanggan yang sibuk mencari barangan dengan ciri tempatan.

“Kami sangat gembira memperkenalkan kedai Nike yang telah diubahsuai di KLCC, yang bukan hanya sebuah butik tetapi sebuah konsep yang mendorong kesejahteraan komuniti dan menggalakkan gaya hidup aktif.

“Butik ini adalah unik kerana ia menawarkan ciri-ciri peribadi untuk para pelanggan yang sesuai dengan konteks serantau – diikuti dengan perkhidmatan peribadi oleh atlet kedai kami yang bekerja tanpa henti untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan mencipta rasa komuniti.

“Pasukan kami di KLCC telah berusaha keras untuk menyokong usaha wanita dalam mencapai gaya hidup sihat, selaras dengan pendekatan ‘led by her’ oleh Nike,” kata Carl Masterman selaku Presiden – Sukan GMG.
Nike KLCC terletak di aras 3, 332A/333, Menara Berkembar Petronas, Pusat Bandaraya, 50088, Kuala Lumpur.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.