Now Reading
Abdul Latif Romly Belanja Atlet Lain Selepas Dianugerahkan Datuk

Abdul Latif Romly Belanja Atlet Lain Selepas Dianugerahkan Datuk

Datuk Abdul Latif Romly dilihat membelanja rakan-rakannya makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, seorang atlet paralimpik negara Datuk Abdul Latif Romly telah dianugerahkan pangkat Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.

Atlet berusia 24 tahun dari Perlis tu menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) dan berita gembira itu dikongsikan di Twitter Majlis Sukan Negara (MSN).

Sebelum ini, Latif pernah menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo pada tahun lalu dan seterusnya mempertahankan gelarannya pada temasya Rio 2016.

Sumber: Sinar Plus

Bukan itu sahaja, Latif juga pernah menerima anugerah Nona Superhero Award di bawah kategori Paralympic Award pada 13 Januari lalu.

Latif belanja kawan-kawan

Walaupun telah mendapat anugerah tersebut sempena Hari Wilayah Persekutuan yang lalu, Latif tidak melupakan rakan-rakan seperjuangannya.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram atlet negara (ziyadzolkefli), Latif dilihat mengajak rakan atlet paralimpik yang lain termasuk jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur sebagai tanda kesyukuran mendapat gelaran Datuk.

Baiknya! Semoga Datuk Abdul Latif Romly dan para atlet yang lain dikurniakan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang dan dimurahkan rezeki. Amin!

Dalam pada yang sama, bekas atlet terjun negara Leong Mun Yee juga dianugerahkan pangkat Datuk dalam istiadat yang sama seperti Datuk Abdul Latif Romly. Tahniah juga buat beliau!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd