Now Reading
Nike by Sunway Cipta Konsep Baharu Yang Unik. Ala ‘Rumah’ Pun Ada!

Nike by Sunway Cipta Konsep Baharu Yang Unik. Ala ‘Rumah’ Pun Ada!

Direka dengan teliti, pelan butik Nike By Sunway ini menyerupai rumah, menjemput pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman Best-of-Nike.

nike by sunway

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penduduk di sekitar Lembah Klang yang sering berkunjung ke Petaling Jaya untuk ke Sunway Pyramid, pastikan anda singgah di butik terbaharu Nike by Sunway.

Butik ini bertempat di Lot G167, bersebelahan dengan Marks & Spencer Food. Kalau nak senang, cari Sephora dan anda akan nampak butik baru Nike di hadapannya.

Sumber: Nike

Nike By Sunway.

GMG – sebuah syarikat global yang meruncit, mengedar dan mengeluarkan portfolio jenama antarabangsa tempatan terkemuka baru-baru ini telah memperkenalkan butik Nike terbaharu di Sunway Pyramid.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada rancangan perkembangan operasinya di seluruh Asia. Nike By Sunway menggambarkan konsep baharu yang direka untuk komuniti tempatan dan menawarkan ruang unik dengan pengalaman membeli-belah luar biasa.

nike by sunway
Pembukaan Nike di Sunway Pyramid menandakan kejayaan baharu bagi GMG – yang kini mengendalikan sembilan mono-stores Nike di seluruh Malaysia.
(Sumber: GMG)
nike by sunway
Di butik serba baharu ini, pelanggan dihoskan oleh ‘sports enthusiasts’ yang berpengetahuan luas serta pakar kategori dan gaya dalam persekitaran runcit yang inovatif secara digital.
(Sumber: GMG)

Nike By Sunway bersedia menghubungkan peminat sukan dari semua lapisan masyarakat melalui pengalaman manusia unik.

Direka dengan teliti, pelan butik Nike By Sunway ini menyerupai rumah, menjemput pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman Best-of-Nike.

Butik ini juga direka bentuk sebagai ruang komunal di mana pelanggan boleh duduk dan berhubung dengan rakan-rakan peminat sukan.

nike by sunway
Nike by Sunway mengekalkan paparan kasut Nike yang ikonik dengan penyusunan setempat dan bermusim dengan teliti.
(Sumber: GMG)

Dengan mengambil kira pengalaman pelanggan Best-of-Nike, bilik persalinan tidak terkecuali dalam mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ruang berkenaan dihiasi dengan cermin tinggi, pencahayaan yang boleh ditala dan butiran terperinci ketika anda sedang mencuba pakaian.

“Kami teruja dengan momentum perkembangan kami semasa meraikan pembukaan semula butik Nike yang kesembilan ini di Malaysia. Kami juga komited untuk membawa pengalaman membeli-belah yang lancar menggabungkan digital dengan kedai brick-and-mortar.

“Ini adalah usaha kami untuk bertindak balas dan menyasarkan untuk menaikkan permintaan pengguna yang semakin tinggi dan mengikuti evolusi reka bentuk runcit,” kata Mohammad A. Baker, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GMG.

nike by sunway
(Sumber: GMG)

Nike By Sunway kini mencipta pengalaman baru untuk semua orang.

Golongan wanita juga boleh meminta personal bra fitting dan juga styling untuk memenuhi gaya hidup aktif tersendiri.

Butik baharu ini ditubuhkan bertujuan untuk mencipta pengalaman yang boleh dikaitkan, tulen dan peribadi untuk memberi inspirasi kepada peminat sukan dan memupuk rasa cinta yang dikongsi untuk sukan, kata Carl Masterman, Naib Presiden Peruncitan Kanan, SEA – Sukan.

Ahli dijemput untuk meraih ganjaran seperti akses awal kepada keluaran eksklusif, pelancaran, acara dan undian eksklusif.

Butik ini juga menawarkan perkhidmatan temu janji untuk membeli-belah dalam kedai, penghantaran ke rumah dan/atau pengambilan di mana-mana lokasi untuk mengambil barangan mereka di dalam kawasan pusat membeli-belah tersebut.

nike by sunway
(Sumber: GMG)

So, dah ready nak ‘menyelam’ di butik baharu Nike by Sunway ini? 🙂

  • Lokasi: Lot no. G167, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu Operasi: 10am – 10pm. Dibuka setiap hari.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd