Now Reading
Seram Sejuk Bila Masuk Nights Of Fright 9 Tahun Ini. Asyik Kena Jerkah Oleh ‘Hantu’

Seram Sejuk Bila Masuk Nights Of Fright 9 Tahun Ini. Asyik Kena Jerkah Oleh ‘Hantu’

Nights Of Fright 9 (NOF9) pada tahun ini berlangsung dari 29 September sehingga 31 Oktober 2023 bermula jam 7:30PM dan berakhir pada 11:30PM.

Nights Of Fright 9 NOF9

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggemar ‘horror’ di luar sana, korang kena pergi ke rumah hantu eksklusif diadakan setiap tahun di Sunway Lagoon iaitu Nights Of Fright 9 (NOF9).

NOF9 yang juga berkerjasama dengan The Sudden Impact Entertainment kini membawa lebih banyak persembahan ‘menghantui’ para pengunjung dengan tema pada tahun ini iaitu ‘Fields of Fear’.

Untuk tahun ini, NOF9 memperkenalkan lapan jenis tema rumah hantu, 11 ‘rides’ yang mencabar, dua ‘scare zones’, dua persembahan di pentas serta ‘Scarytales Theater’ terbaharu dan lebih besar.

Sumber: Nights Of Fright 9
Sumber: TRP

Nights Of Fright 9 Ada 4 Tarikan Baharu Pada Tahun Ini

Yang membuatkan NOF9 kali ini lagi seronok, ada empat tarikan terbaharu yang ditambah untuk membuatkan pengalaman korang di rumah hantu ini lebih mengujakan.

Empat tarikan tersebut adalah:

#1. The Texas Chainsaw Massacre
Sumber: TRP

Kalau korang masuk ke sana, bersedialah untuk ditakutkan dengan bunyi mesin gergaji yang dibawa oleh ‘hantu’ di gudang rahsia berhampiran rumah dengan latar belakang seperti di Texas.

Masuk-masuk je terus gelap dan diselubungi dengan kepulan asap berwarna putih sehingga ke paras pinggang.

Lebih menakutkan lagi, gudang rahsia itu dipenuhi dengan koleksi kulit kepala mangsa. Prop badan manusia dan dan kulit-kulit mangsa yang disiat juga kelihatan agak ‘real’.

Meremang bulu roma bila tengok.

#2. Animalium
Sumber: TRP

Pernah tak korang terfikir bagaimana jika kehidupan seperti filem ‘Narnia’ iaitu separuh manusia dan separuh lagi haiwan benar-benar wujud? Pasti menyeramkan kalau tengok depan mata.

Jangan terkejut bila korang melihat makhluk berbadan manusia tetapi berkepala binatang di ‘Animalium’.

Waktu tengah berjalan, ada sahaja yang akan datang seolah-olah mahu menerkam. Memang terkejut habis dibuatnya.

#3. The Legend Of Sweeny Todd: Barbershop Killer of Fleet Street
Sumber: TRP

Kalau korang pernah tonton filem Sweeny Todd: The Demon Barber of Fleet Street, rumah hantu ini diadaptasi dari filem tersebut.

Dalam tarikan berkenaan, pengunjung akan dilihatkan dengan karakter yang membunuh pelanggannya menggunakan pisau pemotong.

Lebih menakutkan lagi, ada pula karakter seorang wanita yang mengenakan gaun putih sedang bermain piano dengan alunan muzik yang cukup menyeramkan.

#4. Murder At Madam Zhu’s
Sumber: TRP

Latar belakang di dalam tarikan ini adalah di restoran tertutup Madame Zhu’s Noodle House sekitar Chinatown di Hong Kong.

Dengan diterangi lampu berwarna merah, ia membuatkan kami lebih seram sejuk dan seolah-olah berasa seperti memasuk kedai makan yang terbengkalai.

Suasana sunyi sepi dengan keadaan yang agak gelap serta bunyi sayup pisau pemotong yang dihentak semakin mendekati confirm akan membuatkan jantung anda berdegup kencang.

Rasa nak lari keluar terus!


Tarikan Yang Menarik Sebelum Ini Juga Kembali Di Nights Of Fright 9!

Selain itu, tarikan yang mendapat sambutan pada NOF8 pada tahun lepas juga kembali pada kali ini seperti:

  • Hammer-Icons Of Horror
  • The Asylum
  • Lost City of Gold Scream Coaster
  • Apache Pots
  • Persembahan The Revenge of Little Red
  • Persembahan Zombie Encounter
Sumber: TRP
Sumber: Nights Of Fright 9

Hati-hati juga dengan hantu yang berada di sekitar kawasan Nights Of Fright. Kalau anda jenis kuat melatah, confirm tak berhenti melatah kerana hantu-hantu mereka akan menerjah secara mengejut.

Jangan risau, mereka tak akan sentuh anda dan anda pun tak akan dibenarkan untuk sentuh ‘hantu-hantu’ ini.

Sumber: TRP
Sumber: Nights Of Fright 9

Nights Of Fright 9 Tawar 3 Pakej Berbeza Kepada Para Pengunjung

Disebabkan acara tahunan Nights Of Fright ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan, tahun ini mereka menawarkan pakej yang lebih menarik untuk memeriahkan lagi pengalaman ‘Halloween’ orang ramai.

Pakej tersebut adalah seperti berikut:

Pakej 1

Pengunjung dapat memasuki ‘Gates Of Hell’ ini 30 minit lebih awal iaitu pada jam 7:00pm dan memiliki pas Xpress bagi setiap tarikan.

Pakej 2

Pengunjung berpeluang untuk memasuki pintu masuk NOF9 setengah jam lebih awal iaitu jam 7:00pm dan boleh ‘potong’ barisan panjang dengan pas Xpress.

Selain itu, pengunjung juga boleh memasuki Skate City di Sunway Putra Mall secara percuma!

Pakej 3

Selain mendapat pas Xpress dan memasuki pintu masuk NOF9 30 minit lebih awal, pengunjung juga mempunyai akses untuk ke ‘Hidden Photobooth’.

Sumber: TRP
Pakej VIP

Pengunjung dengan pakej VIP lebih istimewa kerana mendapat pelbagai tawaran menarik seperti:

  • Tiket masuk ke NOF9.
  • Pas Xpress dan Early Access.
  • Satu cekak telinga arnab.
  • Makan malam mengikut tema.
  • Baucar RM20.
  • Bergambar bersama karakter NOF9, gambar fizikal berbentuk 6R dan satu kad digital.

Jadi kepada korang yang belum pernah merasai sendiri pengalaman dikelilingi dengan ‘hantu’, kena pergi ke Nights Of Fright 9.

Berlangsung dari 29 September sehingga 31 Oktober 2023, acara ini akan berlangsung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar jam 7:30pm dan ditutup pada 11:30pm.

Sumber: TRP

Bagi memudahkan anda, di sini kami sertakan gambar keseluruhan map kawasan taman tema ini sebagai panduan. Jangan tersesat pulak nanti.

Apa tunggu lagi. Kami dah pergi, korang bila lagi?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd