Now Reading
Nak Pergi Perarakan Merdeka 2023 Naik Pengangkutan Awam? Ini Tips Untuk Anda!

Nak Pergi Perarakan Merdeka 2023 Naik Pengangkutan Awam? Ini Tips Untuk Anda!

Dua lokasi bagi menyambut Hari Kebangsaan adalah di Dataran Merdeka untuk Ambang Merdeka (30 Ogos) manakala Dataran Putrajaya bagi Perarakan Merdeka (31 Ogos).

hari kebangsaan 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malam 30 Ogos pasti akan menjadi meriah berbanding hari-hari biasa kerana ia merupakan malam ambang kemerdekaan bagi meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.

Hari Kebangsaan diraikan bagi memperingati semula sejarah negara mencapai kemerdekaan serta bebas daripada penjajahan.

Sempena meraikan hari bersejarah ini, perarakan berunsurkan patriotik akan diadakan dan untuk tahun ini, ia akan berlangsung di Dataran Putrajaya.


Acara Malam Ambang Merdeka Pada 30 Ogos 2023 Di Dataran Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos (Rabu) tahun ini akan diadakan di Dataran Merdeka pada jam 9:00 malam sehingga 12:00 pagi dan dijangka akan dihadiri juga oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persembahan tarian kebudayaan serta pertunjukan teater adalah antara acara yang akan dipertontonkan kepada para pengunjung.

hari kebangsaan 2023
Sumber: Time Out

Tips Untuk Ke Dataran Merdeka Menaiki Pengangkutan Awam

Kepada anda yang mahu menyertai acara Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tetapi tidak mahu bersesak meredah kesesakan jalan raya, jangan risau kerana pengangkutan awam kan ada?

Antara stesen LRT yang berhampiran dengan Dataran Merdeka adalah:

  • LRT Masjid Jamek
  • LRT Bandaraya

Dalam pada itu, pihak Rapid KL juga akan melanjutkan operasi mereka sehingga jam 2:00 pagi pada 31 Ogos sempena Sambutan Ambang Merdeka 2023.

Antara stesen yang terlibat adalah:

  • Laluan Kelana Jaya
    • Pasar Seni
    • Masjid Jamek
    • KLCC
    • Ampang Park
  • Laluan KL Monorel
    • Bukit Bintang
  • Laluan Ampang/ Sri Petaling
    • Masjid Jamek
  • Laluan MRT Kajang
    • Pasar Seni
    • Bukit Bintang
  • Laluan MRT Putrajaya
    • Ampang Park
    • Persiaran KLCC

Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Dataran Putrajaya Pada 31 Ogos

Bagi acara perarakan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos tahun ini, ia akan diadakan di Dataran Putrajaya.

hari kebangsaan 2023
Sumber: Facebook Perbadanan Putrajaya

Kepada anda yang tinggal di luar kawasan Putrajaya dan tidak mahu memandu kenderaan persendirian, kami cadangkan untuk menaiki pengangkutan awam kemudian turun di stesen berikut:

  • Stesen Putrajaya Sentral (ERL Laluan KLIA Transit)
  • Stesen Putrajaya Sentral (MRT Laluan Putrajaya)

Apabila tiba di kedua-dua stesen ini, anda boleh menaiki bas pengantara yang disediakan oleh pihak Rapid KL dan Perbadanan Putrajaya.

Jadi kepada anda yang bercadang untuk menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini di Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya, rancanglah perjalanan sebaik mungkin.

Semoga perkongsian kami ini boleh membantu anda semua!

Artikel Berkaitan: Ini 13 Promosi F&B Sempena Sambutan Bulan Hari Kebangsaan Ke-66 Pada 2023

Artikel Berkaitan: 10 Interesting Places To Visit To Channel The Patriotic “Merdeka” Spirit

Sumber: Facebook Rapid KL | Perbadanan Putrajaya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd