Now Reading
Swiss Dream Circus Di Mutiara Damansara Tawar Persembahan Menghiburkan Serendah RM49 Hingga 23 Julai Ini

Swiss Dream Circus Di Mutiara Damansara Tawar Persembahan Menghiburkan Serendah RM49 Hingga 23 Julai Ini

Persembahan Swiss Dream Circus ini berlangsung dari 28 Jun sehingga 23 Julai 2023 di Mutiara Park, Mutiara Damansara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kepada anda yang berminat dengan persembahan aksi menghiburkan secara ‘live’, Swiss Dream Circus adalah salah satu lokasi yang perlu dimasukkan dalam senarai anda.

Persembahan sarkas itu dilakukan oleh ramai ‘performer’ terlatih dari luar negara dan mereka akan membuka minda anda dengan pertunjukan hebat seperti aksi magik dan mencabar.

Antara persembahan yang akan ditunjukkan adalah seperti:

  • Membaling pisau dan anak panah ke papan.
  • Menari di dalam suasana gelap menggunakan lampu LED
  • Berdiri di atas beberapa tin
  • Persembahan biola
  • Persembahan badut

Jadual Persembahan Dan Tiket Jualan Swiss Dream Circus

Persembahan sarkas ini hanya terhad kepada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja mengikut waktu tertentu.

  • Jumaat (8:00pm)
  • Sabtu (2:00pm, 5:00pm dan 8:30pm)
  • Ahad (3:00pm dan 6:00pm)

Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat persembahan sarkas di Swiss Dream Circus, persembahan tambahan telah diadakan oleh pihak penganjur mengikut tarikh berikut:

  • Rabu (19 Julai) – 5:00pm dan 8:00pm
  • Khamis (20 Julai) – 8:00pm
  • Ahad (23 Julai) – 1:00pm dan 4:00pm

Untuk anda yang berminat untuk membeli tiket persembahan ini, harga jualan adalah mengikut jenis ‘seating’ yang dipilih seperti:

  • Kategori 5: RM49
  • Kategori 4: RM78
  • Kategori 3: RM105
  • Kategori 2: RM129
  • Kategori 1: RM149
  • VIP Bronze: RM159
  • VIP Silver: RM169
  • VIP Gold: RM199

Kedudukan tempat duduk boleh lihat di bawah:

Sumber: Swiss Dream Circus

Lokasi persembahan ini dilakukan di dalam khemah besar berbentuk bulat di kawasan Mutiara Damansara berhampiran dengan The Curve, IKEA Damansara dan Kidzania.

Pembelian tiket persembahan Swiss Dream Circus boleh dilakukan [DI SINI].


Ascott Malaysia Berkolaborasi Dengan Somerset KL Dan PJ

Ascott Malaysia mengumumkan kolaborasi istimewa antara Somerset Kuala Lumpur (SKL) dan Somerset Damansara Utama PJ (SDUPJ) dengan Swiss Dream Circus.

Kerjasama yang menarik ini akan menyatukan dunia penginapan mewah berserta hiburan mendebarkan untuk menjadikan malam yang tidak boleh dilupakan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Semalam (13 Julai) sekitar jam 7:30 malam, Somerset Damansara Utama Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah bagi acara minum petang eksklusif dan persembahan tontonan mini Swiss Dream Circus.

Pada masa sama, acara ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan hartanah unik milik Somerset dan menyediakan peluang kepada para tetamu menjelajahi ruangan Somerset Brand dan Bilik Tema Keluarga.

Sumber: Swiss Dream Circus

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd