Now Reading
Coach Buka Butik Pertama Di Dunia Dalam Kapal Terbang Di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka

Coach Buka Butik Pertama Di Dunia Dalam Kapal Terbang Di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka

Tiket masuk ke Coach Airways yang terletak di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka adalah percuma untuk setiap pengunjung.

COACH Buka Butik Pertama Di Dunia Dalam Kapal Terbang Di Freeport A'Famosa, Melaka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Freeport A’Famosa Outlet di Melaka kini mempunyai tarikan terbaharu kepada para pengunjung selepas satu butik jenama mewah tampil dengan cawangan terbaharu mereka yang sangat unik.

Pada 20 Mei lalu, butik terbaharu Coach membuka cawangan terbaharu mereka secara rasmi kepada orang ramai di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka di dalam sebuah kapal terbang yang diberi nama Coach Airways.

Untuk pengetahuan anda, Coach Airways ini merupakan satu-satunya cawangan pertama yang dibuka di dunia. Mesti ramai yang tertanya-tanya, ada apa dalam Coach Airways ini?

Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet

Coach Airways Tampil Dengan Kafe, Ruangan ‘Instagramable’ Dan Butik Jualan

Kapal terbang yang diberi nombor CA1941 ini memberikan pengalaman unik kepada para pengunjung. Nak masuk ke dalam Coach Airways ini pun terasa macam nak naik ke dalam kapal terbang untuk pergi bercuti.

Macam-macam yang anda boleh buat di dalam Coach Airways ini.

Nak membeli-belah pun boleh kerana terdapat banyak koleksi terbaharu mereka termasuklah beg tangan, kasut, pakaian, dompet dan sebagainya dengan tawaran diskaun menarik.

Kalau sekadar nak ‘cuci mata’ pun apa salahnya kan?

Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet
Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet

Lebih menarik lagi, Coach Airways juga mempunyai Coach Cafe yang menawarkan minuman panas dan sejuk kepada para pengunjung untuk bersantai di dalam ‘kapal terbang’.

Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet

Kepada anda yang suka bergambar, Coach Airways ini memang lokasi yang sesuai kerana ada banyak tempat ‘Instagramable’. Nak feeling-feeling berada di dalam kokpit pun boleh juga ya!

Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet
Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet

Walaupun kurang dari satu minggu dibuka, butik ini telah mendapat perhatian ramai selepas banyak video dikongsikan oleh netizen di media sosial menceritakan pengalaman mereka di dalam Coach Airways.

@freeportafamosaoutlet

Welcome Onboard … Coach Airways flight no CA1941 and Fly in Style The flight attendants will be passing around the cabin to offer you Bags Shoes, Apparel with discount up to 50% off . Hot Drinks and Juices are also available. Stroll around, relax and enjoy the flight #coachairways #freeportafamosaoutlet #shopsavediscover #fypシ #fyp #melaka #shopping #aieplane

♬ original sound – Freeport A’Famosa Outlet – Freeport A’Famosa Outlet

Macam Mana Nak Masuk Ke Coach Airways Ini?

Menarik juga Coach Airways ini kan? Bolehlah ajak kawan-kawan atau ahli keluarga anda berkunjung ke Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet di Melaka.

Tapi macam mana nak masuk ke sini? Perlu bayar ke?

Sumber: Facebook Freeport A’Famosa Outlet

Tiket masuk ke Coach Airways ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

  • Lokasi: Freeport A’Famosa Outlet, Jalan Kemus , Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
  • Waktu operasi: 10:00am sehingga 9:45pm.

Untuk maklumat lanjut tentang Coach Airways ini, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd