Ir, LAr, Sr: Apa Maksud Di Sebalik Gelaran Profesional Ini?
Gelaran profesional ini kebiasaannya diberi kepada mereka yang mempunyai kelayakan tinggi dalam sesuatu bidang kerjaya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Anda perasan tak? Segelintir nama seseorang mempunyai singkatan seperti Ir, Ar, Ts dan sebagainya.
Kalau singkatan Dr, mesti ramai yang sudah tahu ia menunjukkan seseorang itu bergelar seorang doktor.
Jangan terkejut ya kerana ada juga yang keliru dengan singkatan gelaran profesional dengan perkara lain. Tak pasal-pasal pula digelar sebagai Inspektor apabila melihat gelaran Ir wujud pada nama seseorang.
Maksud Di Sebalik Singkatan Gelaran Profesional Pada Nama Seseorang
Mesti ramai yang keliru dengan setiap singkatan untuk jawatan profesional kan? Disebabkan itu, seorang pengguna Twitter (@anisssurayaaa) berkongsi maksud yang berbeza menerusi ciapan yang dimuat naik olehnya.
1. Ir : Jurutera Profesional

- Sudah mendaftar sebagai Graduate Engineer di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
- Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun.
- Melepasi ujian Professional Assessment Examination (PAE).
- Terpilih sebagai ahli korporat di Institusi Jurutera Malaysia (IEM).
2. Ar: Arkitek Profesional

- Sudah berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (BAM).
- Berdaftar sebagai Graduate Architect.
- Mempunyai pengalaman praktikal yang dinyatakan oleh BAM.
3. LAr: Arkitek Landskap Profesional

- Sudah berdaftar di bawah Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).
- Lulus pengajian di ILAM.
4. Sr: Juruukur Profesional

- Perlu sekurang-kurangnya mempunyai ijazah dalam surveying (tinjauan) atau Civil Engineering.
- Mempunyai lesen Professional Land Surveying.
- Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Matematik.
- Mahir dalam menggunakan beberapa alatan kursus untuk mengendalikan projek.
5. PGeol: Ahli Geologi Profesional

- Ahli Geologi siswazah yang berdaftar mengikut Seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geologi 2008.
- Memasuki pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM) dan lulus ujian profesional.
6. Ts: Ahli Teknologi Profesional

- Diiktiraf oleh Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).
- Sekurang-kurangnya mempunyai ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Lembaga Arketik Malaysia (LAM).
- Berdaftar sebagai Teknologis Berijazah.
7. TPr: Perancang Bandar Profesional

- Gelaran yang diberikan oleh Malaysian Institute of Planners.
8. IDr: Pereka Dalaman Profesional

- Gelaran yang diberikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia selepas individu berkelayakan lulus ujian dan menepati syarat-syarat tertentu.
9. Gs: Ahli Geospatialis Profesional

- Mempunyai kelayakan minimum ijazah dalam Geospatial atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman profesional sekurang-kurangnya tiga tahun atau setara dalam bidang Geospatial.
Ramai yang still tak tahu ni bila tengok ada gelaran depan nama dia. Siap ada yang confuse lagi ingat Ir tu inspektor la, Ts tu tan sri la 😂
— AS (@anisssurayaaa) May 22, 2023
Maksud gelaran professional (Ir, Ar, LAr, Ts, IDr, TPr & lain lain) 👇 pic.twitter.com/DHGq2pxYIj
Perlu Ke Sambung Belajar Hingga Tahap Lebih Tinggi?
Boleh dikatakan kebanyakan singkatan kepada jawatan profesional ini disandang oleh mereka yang mempunyai tahap pendidikan tinggi.
Jadi kepada anda yang masih terfikir-fikir sama ada mahu menyambung pengajian atau tidak selepas tamat ijazah, bolehlah fikir semula kerana ada kebaikannya tersendiri seperti:
- Proses pengajaran akan menjadi semakin kreatif.
- Persediaan untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
- Perbezaa gaji mengikut tahap pendidikan yang lebih tinggi.
Tetapi mungkin ada juga yang terfikir, apakah keperluan untuk menyambung pengajian sehingga ke PhD pula?
Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya:
- Cita-cita.
- Minat untuk mempelajari perkara baharu.
- Keperluan.
- Tujuan kajian.
Jadi kepada anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, selamat maju jaya!
BACA JUGA: Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!
BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.