Now Reading
“Harap Je Engineer, Tapi…” – Lelaki Ini Perjelas Salah Faham Tentang Tugas Seorang Jurutera

“Harap Je Engineer, Tapi…” – Lelaki Ini Perjelas Salah Faham Tentang Tugas Seorang Jurutera

Jurutera merupakan sebuah profesyen yang dihormati di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Kau kerja sebagai apa?”

“Engineer/Jurutera.”

Bunyi begitu gah. Dengan topi kuning/putih duduk di tapak pembangunan.

Jurutera adalah suatu pekerjaan dalam bidang kejuruteraan yang berkenaan dengan mengaplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian bagi mengatasi sesuatu masalah.

Ianya merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur dan juga sistem dengan sentiasa mengambil kira soal keselamatan dan kos. Bidang kejuruteraan ini terdapat pelbagai jenis, sebab itulah jenis gelaran jurutera pun wujud.

Sumber: JobStreet.com

Perlu diingatkan juga, kejuruteraan ini merupakan salah satu kerjaya yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Malah, proses pembelajaran untuk mendapatkan ijazah dalam kejuruteraan juga memerlukan pengorbanan serta kecekalan.

Tak mudah, ya.


“Misconception” tentang Jurutera.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook (Nazmi Ismail) terpanggil untuk menjelaskan beberapa fakta tentang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan ini. Ia disebabkan segelintir individu yang dilihat tidak mendapat gambaran yang jelas tentang tanggungjawab atau tugas sebenar seorang jurutera.

Pendek kata, kesemua proses ‘dicampak’ kepada jurutera.

Menjengah di profil Nazmi Ismail, dia merupakan seorang Jurutera, Pengajar CAD, Penulis dan Ahli Falsafah.

Siap ada akaun YouTube sendiri untuk mengajar AutoCAD!


“Harap je Engineer, tapi…”

“Eleh, harap je Engineer tapi tak tau pasang paip, buat malu je” – Bro, itu bukan tugas Engineer, itu tugas tukang paip.

“Eleh, harap je Engineer tapi tak tau bancuh simen, buat malu je” – Bro, itu bukan tugas Engineer, itu tugas buruh binaan”

Eleh, harap je Engineer tapi tak tau repair kereta, buat malu je” – Bro, itu bukan tugas Engineer, itu tugas mekanik

“Eleh, harap je Engineer tapi tak tau buat drawing, buat malu je” – Bro, itu bukan tugas Engineer, itu tugas drafter/pelukis pelan

“Eleh, harap je Engineer tapi tak tau pasang wiring rumah, buat malu je” – Bro, itu bukan tugas Engineer, itu tugas tukang elektrik

“Eleh, harap je Engineer tapi tak tau nama spanar, buat malu je” – Bro, itu bukan tugas Engineer, itu skop tugas juruteknik


Habis, Engineer Buat Apa?

Siapa yang design sistem paip? Siapa yang merancang dan coordinate kerja2 projek pembinaan? Siapa yang design engine kereta tu supaya ia boleh berfungsi dengan baik? Siapa yang design mesin tu supaya boleh beroperasi dengan baik? Siapa yang aturkan jadual maintenance mesin tu? Siapa yang bagi arahan kat drafter untuk sediakan lukisan tu? Siapa yang design sistem elektrikal sesebuah fasiliti tu?

Sudah tentulah Engineer/Jurutera.

Sumber: The Balance Careers.

Jelasnya lagi, jurutera fokus kepada design sistem supaya boleh berfungsi baik untuk digunakan, itu fokus jurutera. Bila jurutera dah design sistem berdasarkan tinjauan tapak, kod, piawaian, mengikut keperluan pelanggan, mengikut kelulusan pihak berkuasa, dan macam-macam faktor lain, barulah disusuli dengan tugas lain yang dijalankan oleh jawatan lain.

Jurutera dah memutuskan berapa kuantiti, di mana nak pasang, berapa load, dan lain-lain faktor.

Barulah jurutera boleh bagi arahan kepada drafter untuk sediakan lukisan.


Kenapa Engineer Tak Buat Lukisan?

Sumber: Success at School.

Sebab engineer banyak lagi dokumen lain yang dia nak sediakan.

Bukan setakat lukisan. Bila lukisan dah siap, barulah bagi kat tukang atau technician untuk pasang berdasarkan layout atau plan tu.

Kita kena faham skop tugas masing-masing. Jangan sangka jurutera nak tahu semua benda dari A-Z pasal projek engineering atau pembinaan itu. Dalam satu projek berkumpulan, setiap kedudukan ada skop tugas masing-masing berdasarkan pengetahuan dan skil.

Kalau ada mana-mana juruteknik duk perli engineer tak pandai pegang spanar, ambik spanar tu pi katok kepala dia. Dia pun lahir-lahir bukan pandai pegang spanar pun, mestilah belajar dari asas juga.

Nazmi Ismail, Jurutera, Pengajar CAD, Penulis dan Ahli Falsafah.

Sekarang ada faham ke, adik-adik sekalian?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd