Now Reading
Jurutera Britain Dakwa Temui Lokasi Pesawat MH370 Di Lautan Hindi

Jurutera Britain Dakwa Temui Lokasi Pesawat MH370 Di Lautan Hindi

Hasil kajian Richard Godfrey mendapati bahawa pesawat jenis Boeing 777 itu telah terhempas di Lautan Hindi pada jarak 2,000 kilometer di barat Perth, Barat Australia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MH370) masih menjadi tanda-tanya sejak ianya ‘lenyap’ pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Manakan tidak, pesawat canggih Boeing 777 yang telah membawa 227 orang penumpang serta 12 anak kapal itu hilang begitu sahaja tanpa apa-apa berita. Malah, setelah percubaan mengesan pesawat tersebut dilakukan juga, masih belum berjaya ditemui.

Aneh.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370 ini?

Walaupun pihak berkuasa dan pakar-pakar lain telah mengeluarkan laporan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat tersebut, namun untuk mendapat kepastian yang lebih tepat, bangkai pesawat perlu dijumpai terlebih dahulu.

BACA JUGA: Pernah Temui Kapal Titanic, Peneroka Laut Ini Berhasrat Dapat Diberi Peluang Cari MH370

Jurutera aeronatik Britain temui penemuan baharu MH370

Baru-baru ini, seorang jurutera aeronatik Britain iaitu Richard Godfrey mendakwa telah menemui penemuan baharu berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Kredit: BBC

Jurutera itu dipercayai telah menghabiskan masa selama satu tahun untuk mengkaji lokasi sebenar pesawat MH370 yang ‘terhempas’.

Menurut laporan BBC, hasil kajiannya mendakwa bahawa pesawat jenis Boeing 777 itu telah terhempas di Lautan Hindi pada jarak 2,000 kilometer di barat Perth, Barat Australia.

Titik penemuan mengikut data pengiraan adalah 33 darjah selatan dan 95 darjah timur di Lautan Hindi.

Kredit: Airline Rating

Penemuan tersebut dipercayai terhasil selepas Godfrey menggabungkan beberapa set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan.

Sebelum ini, tiada sesiapa yang mempunyai idea untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, data prestasi Boeing, data hanyut serpihan terapung dari Oceanographic serta data bersih WSPR.

Richard Godfrey.

Dengan hasil kajiannya itu, Godfrey berharap dapat memberi jawapan kepada tragedi kehilangan pesawat MH370 itu.

Kami dapat memberi jawapan kepada ahli keluarga mangsa serta orang awam. Industri penerbangan juga dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan boleh mengelakkannya daripada berlaku pada masa akan datang.

Richard Godfrey.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd