Now Reading
Pernah Temui Kapal Titanic, Peneroka Laut Ini Berhasrat Dapat Diberi Peluang Cari MH370

Pernah Temui Kapal Titanic, Peneroka Laut Ini Berhasrat Dapat Diberi Peluang Cari MH370

Peneroka laut ini turut mendedahkan pernah menawarkan diri untuk mencari pesawat MH370 namun mendakwa dihalang pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MH370) masih menjadi tanda-tanya sejak ianya ‘lenyap’ pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Manakan tidak, pesawat canggih Boeing 777 yang telah membawa 227 orang penumpang serta 12 anak kapal itu hilang begitu sahaja tanpa apa-apa berita. Malah, setelah percubaan mengesan pesawat tersebut dilakukan juga, masih belum berjaya ditemui.

Aneh.

Kredit: Airline Ratings

Apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370 ini?

Walaupun pihak berkuasa dan pakar-pakar lain telah mengeluarkan laporan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat tersebut, namun untuk mendapat kepastian yang lebih tepat, bangkai pesawat perlu dijumpai terlebih dahulu.

Peneroka laut terkenal ini sedia mencari MH370 jika diberi peluang

Baru-baru ini, Malay Mail melaporkan bahawa seorang peneroka laut terkenal yang juga pernah menemui kapal Titanic di dasar laut Atlantik pada 1985, iaitu Bob Ballard telah mendedahkan dia berharap dapat diberikan peluang untuk mencari kapal MH370.

Ballard turut menceritakan bahawanya dia pernah menawarkan diri untuk mencari kapal MH370, namun niatnya dihalang oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.

Saya adalah orang pertama yang menghubungi Australia yang mengetuai pencarian di sana. Walaupun mereka tidak mahu menggunakan aset yang saya ada, tetapi saya tahu bagaimana hendak mencari pesawat yang hilang. Saya masih berharap dapat menemukan pesawat itu. Malah, saya berasa sangat gembira untuk menyumbangkan kepakaran saya, tetapi mereka masih tidak mengizinkannya.

Bob Ballard, ketika ditemubual oleh National Geographic.
Kredit: National Geographic

Sementara menunggu ‘green light’ oleh pihak berkuasa untuk meneruskan misi mencari kapal MH370, Ballard kini menyibukkan dirinya dengan mengerjakan satu lagi misi mencari kapal misteri.

Ballard sedang merancang untuk melancarkan pencarian kedua pesawat perintis Amerika Syarikat, Amelia Earhart yang hilang di Lautan Pasifik sejak 1937. Walaupun percubaan pertamanya pernah gagal pada tahun 2019, namun Ballard masih ingin memberikan peluang kepada dirinya untuk mencuba teknologi terkini ketika melakukan misi pencarian.

Ballard turut menyatakan hasratnya kepada generasi akan datang bahawa mereka akan meneroka lebih banyak alam yang berada di sekeliling jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya dengan kemajuan teknologi yang baru dan kian canggih.

Kredit: National Geographic/Emory Krist)

Lautan adalah ‘muzium terbesar di Bumi’ dengan sejumlah khazanah, peninggalan yang menunggu untuk ditemui.

Bob Ballard, ketika ditemubual oleh National Geographic.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine − 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd