Now Reading
Otak Lemau & Moody Setiap Hari Isnin? Ini 7 Tips Elak ‘Monday Blues’

Otak Lemau & Moody Setiap Hari Isnin? Ini 7 Tips Elak ‘Monday Blues’

‘Monday Blues’ akan lebih terasa lebih-lebih lagi apabila anda baru pulang dari bercuti atau selepas cuti umum yang panjang.

Moody Setiap Kali Isnin, Ini 7 Tips Elak 'Monday Blues'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali tiba hari Isnin, boleh dikatakan ramai yang akan berasa lemau atau lesu kerana badan masih berada dalam mood berehat pada hujung minggu.

Nak bangun pergi kerja pada hari Isnin memang cukup ‘berat’. Pejam celik tahu-tahu sudah hari Isnin. Rasa macam baru je hari Sabtu.

Tak kisahlah anda sudah bekerja berapa lama sekali pun, ‘Monday Blues’ ini memang akan menghantui setiap kali tiba hari Isnin.


Tips Untuk Lawan Rasa Malas Bekerja Kerana ‘Monday Blues’

Kepada mereka yang kerap mengalami ‘Monday Blues’ sehingga menyebabkan hari Isnin anda menjadi kurang produktif, jom kami kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah ini.

Antaranya:

1. Tips Atasi Monday Blues: Kenal Pasti Punca Sebenar

Sumber: Yanty Lee

‘Monday Blues’ ini akan paling terasa selepas anda baru pulang dari bercuti atau ada cuti umum berpanjangan.

Tapi kalau anda mengalami ‘Monday Blues’ setiap kali tiba hari Isnin, mungkin ada sesuatu yang perlu dilihat semula dari segi persekitaran pejabat atau rakan sekerja.

Boleh jadi juga akan berasa terbeban dengan kerja yang menimbun setiap kali tiba minggu baharu.

BACA JUGA: Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Laluan Kerjaya

2. Tips Atasi Monday Blues: Buat Persiapan Untuk Menghadapi Hari Isnin Pada Hari Jumaat

Sumber: The Spruce

Apabila mula bekerja semula pada hari Isnin dengan bebanan kerja yang banyak dari minggu lepas, ia boleh membuatkan seseorang mudah tertekan.

Bagi mengelakkan anda berasa mudah stres pada hari Isnin, pastikan anda membuat senarai kerja yang teratur bagi memudahkan urusan pada hari Isnin.

Dengan cara ini, anda tidaklah terlalu serabut memikirkan kerja mana yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

3. Tips Atasi Monday Blues: Tidur Awal Pada Malam Ahad

Sumber: Alodokter

Untuk mengelakkan dari berasa mengantuk pada pagi hari Isnin, pastikan anda tidur awal pada Ahad malam.

Jangan pula tidur pukul tiga atau empat pagi dan bercadang untuk bangun pukul enam pagi. Confirm bangun tidur pun masih mamai lagi kalau sempat tidur beberapa jam sahaja.

Bila tidur awal, anda juga dapat bangun lebih awal dan bersedia untuk ke tempat kerja dengan lebih tenang. Tak adalah kelam kabut nak bersiap sehingga tak sempat untuk bersarapan.

4. Tips Atas Monday Blues: Pilih Pakaian Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira

Pemilihan pakaian juga yang cantik juga boleh menjadikan emosi seseorang lebih gembira. Kalau anda ada membeli baju baharu pada cuti hujung minggu yang lalu, bolehlah terus pakai.

Pakaian yang cantik boleh menaikkan keyakinan diri anda dan menerima pujian dari rakan sekerja. Mana tahu, ada orang cakap kita cantik kepada pun sudah boleh menceriakan hari Isnin anda.

5. Tips Atasi Monday Blues: Buat Orang Lain Gembira

Sumber: Pexels

Pengasas syarikat FlexJobs iaitu Sutton Fell memberi pendapat bahawa dengan membuatkan seseorang bahagia, ia juga dapat melonjakkan hormon gembira dalam tubuh badan kita. Malah, perkara ini juga dipersetujui oleh seorang penulis antarabangsa.

Nak buat seseorang gembira itu mudah sahaja dan tidak memerlukan banyak usaha. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah:

  • Memberi pujian tentang penampilan mereka.
  • Membantu warga emas melintas jalan.
  • Memberi senyuman kepada pekerja pembersihan.
  • Memberi sedekah.

6. Tips Atasi Monday Blues: Kekal Positif

Sumber: Freshered

Untuk membolehkan anda kekal positif pada hari Isnin, semuanya bergantung diri anda.

Kalau anda pergi ke kerja menaiki pengangkutan awam, boleh cuba mendengar lagu-lagu kegemaran yang boleh menaikkkan semangat.

Selain itu, anda juga boleh membeli sarapan kegemaran yang dijual di gerai bawah pejabat. Dapat Nasi Lemak Lauk Sambal Paru dengan Teh O Ais bungkus pun seronok juga.

7. Tips Atasi Monday Blues: Rancang Aktiviti Menarik Selepas Pulang Dari Kerja Pada Hari Isnin

Sumber: Siti Murni/TRP

Setiap kali tiba hari Isnin, anda mesti ramai yang akan fikir tentang kerja. Sebenarnya, anda boleh menjadikan hari tersebut lebih menarik dengan merancang aktiviti selepas pulang dari kerja.

Sebagai contoh, keluar makan dengan rakan-rakan, masak hidangan kegemaran, atau menghabiskan siri K-drama kegemaran anda.

Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih teruja untuk menjalani hari Isnin.


Hari Isnin merupakan permulaan untuk minggu baharu. Permulaan yang baik perlu datang daripada individu yang positif juga.

Semoga perkongsian ini dapat menjadikan hari Isnin anda lebih ceria tanpa perlu risau dengan penyakit ‘Monday Blues’ yang sering menghantui pagi Isnin anda.

BACA JUGA: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia

BACA JUGA: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd