Now Reading
UNIQLO Tampil Kolaborasi Dengan Jenama Tempatan, ana tomy

UNIQLO Tampil Kolaborasi Dengan Jenama Tempatan, ana tomy

Sepanjang event ini berlangsung, 150 pelanggan pertama setiap hari akan diberikan limited-edition personalized button badge dengan pembelian minimum RM100 untuk sebarang pembelian di butik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


UNIQLO Malaysia memaklumkan kini sedang bekerjasama dengan pemegang anugerah jenama alat tulis peribadi dan hadiah tempatan iaitu ana tomy.

Koleksi UNIQLO x ana tomy UTme ini membawakan satu siri t-shirt dan beg tote dengan pelekat yang boleh anda customize sendiri mengikut minat anda pada negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh personalize simbol yang paling mewakili setiap negeri di mana ia boleh menjadi titik permulaan pengembaraan baharu buat setiap individu di seluruh negara.

Untuk meraikan kerjasama tersebut, baucar POTONGAN RM15 akan disediakan untuk pembelian seterusnya di kedai ana tomy atau kedai dalam talian dengan setiap pembelian UNIQLO x ana tomy UTME! t-shirt dan/atau beg tote.

Baucar adalah terhad sementara stok masih ada.

20 pelanggan pertama yang membeli koleksi UNIQLO x ana tomy UTME! di UNIQLO DA Square akan menerima baucar penebusan untuk buku nota koleksi “Go Out” Siri Klasik secara percuma setiap satu.


UNIQLO X ana tomy UTme!

Anda dialu-alukan untuk datang ke event istimewa UNIQLO X ana tomy UTme! ini. Butiran event seperti di bawah:

  • Tarikh: 15, 16 dan 17 Julai pada jam 12pm – 4pm.
  • Tempat: Dataran UNIQLO DA.

Sepanjang event berlangsung, 150 pelanggan pertama setiap hari akan diberikan limited-edition personalized button badge dengan pembelian minimum RM100 untuk sebarang pembelian di butik.

Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO X ana tomy UTme! ini, anda boleh layari laman web rasmi UNIQLO, KLIK SINI atau boleh juga terus ke Facebook Uniqlo Malaysia.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd