Now Reading
Nak Warna Rambut? Semak 4 Bahan Ini Untuk Tahu Sama Ada Ianya Telus Air Atau Tidak

Nak Warna Rambut? Semak 4 Bahan Ini Untuk Tahu Sama Ada Ianya Telus Air Atau Tidak

Wanita beragama Islam yang ingin mewarnakan rambut perlu memastikan produk tersebut bersifat telus air.

pewarna rambut

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun hanya berada di dalam rumah, kaum perempuan juga nak tampil kemas dan bergaya.

Penggayaan rambut merupakan salah satu aspek yang diambil berat untuk kepuasan diri sendiri. Seronok bila tengok rambut kita terurus dan beralun, betul tak?

Tapi bila bercakap soal mewarna rambut, ada sesetengah pihak yang menganggap perbuatan itu dilarang dari segi syarak. Namun menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan, hukum mewarnakan rambut adalah DIBENARKAN dengan memastikan bahan yang digunakan berstatus halal.

Sumber: Malang Voice

Macam mana nak tahu produk pewarna halal?

Produk pewarna rambut yang sesuai untuk pengguna beragama Islam perlulah mempunyai ciri telap air supaya tidak menghalang para muslimah untuk bersuci dan berwuduk sebelum melakukan ibadah solat.

Ciri telap air bermaksud ianya masuk ke dalam rambut dan bukannya hanya menyaluti sahaja.

Seorang pengguna Twitter (chizubunny) memuat naik ciapan dengan berkongsikan beberapa bahan yang perlu diteliti kerana tidak semua produk menyatakan ianya telap air atau tidak.

Sumber: Facetofeet

Antara bahan yang perlu ada dalam pewarna rambut adalah seperti berikut:

1. Ammonia

Walaupun baunya agak busuk, tetapi bahan ini berfungsi untuk membuka kutikel rambut.

2. MEA (Monoethanolamine)

Selain MEA (Monoethanolamine), antara bahan lain yang boleh digantikan adalah seperti berikut Cocomide MEA atau AMP (Aminomethylproponol).

Bahan kedua ini biasanya digunakan kalau produk pewarna itu tidak menggunakan ammonia bagi mengelakkan bau yang agak busuk.

3. PPD (paraphenylenediamine /p-phenylenediamine)

Jika anda tidak menjumpai nama PPD, bahan lain yang boleh dilihat adalah seperti PTD (paratoluediamine/p-toluediamine) atau TD (toluene-2,5-diamine).

Wajib ada salah satu antara tiga bahan ini ya.

4. Sodium Hydroxide

Kebiasaannya bahan ini akan terkandung di dalam pelarut kedua yang berfungsi sebagai ‘colour developer’.


Berikut adalah empat komponen wajib yang perlu ada dalam ssetiap pewarna rambut yang telap air dan sesuai untuk wanita beragama Islam.

Kebanyakan pewarna rambut yang dijual di drugstore seperti Garnier, Liese dan Loreal adalah telap air. Tapi kalau anda masih ragu-ragu boleh semak dahulu senarai bahan di belakang kotak sebelum membeli.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd