Now Reading
Bayi Nama Muhammad Berada Di Carta Teratas 100 Nama Paling Popular Di UK 2023

Bayi Nama Muhammad Berada Di Carta Teratas 100 Nama Paling Popular Di UK 2023

Noah (Nabi Nuh AS) yang juga nama rasul berada di tempat kedua dalam senarai bayi lelaki diikuti Theo, Leo, Oliver, Arthur, George, Luca, Freddie dan Jack.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, nama Muhammad merupakan antara nama yang paling popular digunakan oleh kaum lelaki.

Perkara tersebut dilihat sebagai sesuatu yang biasa memandangkan majoriti masyarakat di negara ini beragama Islam.

Pun begitu, selain di Malaysia dan beberapa negara Islam lain, nama Muhammad juga antara yang paling popular diberikan kepada bayi di United Kingdom (UK).

Nama Muhammad ungguli kedudukan teratas 100 nama bayi lelaki di UK

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh laman web BabyCentre, nama Muhammad mengungguli kedudukan teratas untuk 100 nama bayi lelaki di negara tersebut pada tahun 2023.

BabyCentre juga menyenaraikan 100 nama teratas untuk bayi perempuan di UK pada tahun ini.

Selain Muhammad, ejaan nama seperti Mohammed dan Mohammad juga terdapat dalam senarai laman web tersebut.

Ibu bapa makin cakna dalam isu pemberian nama anak

Memetik Mirror UK, jurucakap BabyCentre, Faye Mingo berkata, ibu bapa semakin cakna isu dalam pemberian nama dengan menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja mengenai nama bayi mereka, tetapi ejaan nama.

“Mungkin ia kecil, tetapi perbezaan ini penting kepada ibu bapa jadi kami kini akan memasukkan semua ejaan nama bayi individu dalam carta kami,” katanya.

Muhammad yang membawa maksud ‘terpuji’ dalam Bahasa Arab ialah nama rasul terakhir umat Islam dan dianggap sebagai nama yang paling banyak digunakan untuk kanak-kanak lelaki di seluruh dunia dengan pelbagai ejaan dan sering menjadi 10 nama teratas di kebanyakan negara.

Dianggarkan 150 juta kanak-kanak dan individu dewasa guna nama Muhammad

Laman web keibubapaan (parenting) iaitu The Bump juga mendedahkan kira-kira 150 juta kanak-kanak dan individu dewasa lelaki menggunakan nama tersebut di seluruh dunia.

Noah (Nabi Nuh AS) yang juga nama rasul berada di tempat kedua dalam senarai bayi lelaki diikuti Theo, Leo, Oliver, Arthur, George, Luca, Freddie dan Jack.

Nama Islam lelaki lain disenaraikan antara 100 teratas di UK adalah Ali, Abdullah, Ibrahim, Abdul, Musa, Ahmed, Yusuf, Omar, Zayn dan Hamza.

Layla nama Muslim paling popular di UK, berada di tempat ke-31

Untuk perempuan pula, Layla ialah nama Muslim paling popular di tempat ke-31 dengan nama lain seperti Maryam, Fatima, Nur, Aisha, Zahra dan Raya juga tersenarai.

Sekadar info, nama Muhammad bukanlah hanya popular pada tahun ini sahaja di UK, bahkan pernah mengungguli carta teratas untuk beberapa tahun sebelum ini.

Selain itu, nama Muhammad juga popular di Belanda pada tahun 2022.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd