Lelaki Dedah Pernah Dibuang Dari Group Assignment Kerana Enggan Hadir Meeting Di Pub
Insiden tersebut menyebabkan bekas penuntut institusi pengajian di luar negara itu mendapat markah 0% namun ‘diselamatkan’ pensyarahnya sebaik mengetahui perkara sebenar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, isu penganjuran ‘after party’ di tempat terlarang bagi umat Islam seperti premis bar dan pub telah menjadi bualan hangat para netizen di media sosial.
Hal ini kerana, terdapat pelajar dari Malaysia yang menuntut di luar negara pada ketika ini berpendapat ianya bukan satu kesalahan kerana premis pub dianggap sebagai Mamak buat masyarakat di sana.
Susulan persefahaman yang timbul, bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah tampil memberikan penjelasan bahawa seseorang Muslim perlu mengelakkan diri daripada berada di tempat yang menghidangkan arak.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Persoal Perbezaan Hotel Hidang Arak & Pub, Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli
Nama Lelaki Ini Dibuang Dari Tugasan Ahli Kumpulan Kerana Enggan Jumpa Di Pub
Semalam (30 November), tular satu perkongsian di laman X (Twitter @edwinmasripan) apabila lelaki dikenali sebagai Edwin telah menceritakan kisahnya ketika melanjutkan pengajian di luar negara sebelum ini.
Edwin yang melanjutkan pengajian di luar negara 20 tahun lalu berkata, dia telah dipelawa oleh ahli kumpulan tugasan untuk menyertai satu perjumpaan di sebuah premis pub.

Namun begitu, dia telah menolak pelawaan tersebut dan bertindak untuk tidak menghadiri perjumpaan itu walaupun ia melibatkan tugasan kerja yang penting kerana berpegang teguh pada syariat Islam.
Oleh disebabkan itu, nama Edwin telah dikeluarkan daripada senarai nama ahli kumpulan menyebabkan dia akhirnya diberikan markah 0% untuk ‘assignment’ tersebut.
Lecturer Bagi Markah Penuh Selepas Bersemuka Dengan Edwin
Namun sejurus mendapat markah kosong itu, pensyarahnya telah bersemuka dengan Edwin dan bertanya tentang masalah dan perkara sebenar yang terjadi.
Jelas Edwin, dia berpegang teguh dengan pendiriannya untuk tidak berjumpa di pub kerana ia melanggar hukum sebagai seorang Muslim.
Walaupun sudah diajak untuk membuat perjumpaan di perpustakaan, namun ideanya itu telah ditolak oleh ahli kumpulan.
Oleh kerana sikap Edwin yang jujur dan berprinsip itu, pensyarahnya membuat keputusan untuk menukar serta memberikan markah penuh untuk tugasan tersebut.
Menurut Edwin, setiap Muslim perlu bersikap tegas dengan diri sendiri apabila berada di luar negara.
“Kalau kita Muslim, buat cara kita Muslim,” ujarnya.
Edwin dalam masa sama menasihati para pelajar untuk memperbetulkan niat dan ingat tentang tujuan asal mereka berhijrah.
Netizen Sokong Pandangan Diberikan Oleh Edwin
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan dan nasihat yang diberikan oleh Edwin.
“Rugilah orang yang mengejar dunia semata dan tinggalkan dosa hanya untuk manusia,” kata seorang netizen.
Ada yang berpendapat bahawa perkongsian pengalaman Edwin memberikan contoh baik terutamanya buat para pelajar di luar negara.
“Contoh yang baik bang, terima kasih. Boleh jadi panduan buat adik-adik yang belajar dekat negara orang,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga warganet menyokong kenyataan Edwin dengan menceritakan kisah yang lebih kurang sama pernah dialaminya.
“Aku gagal berjaya Collaborative Degree Program (CDP) sebab tak nak buat wine tasting dengan keju. Dah jelas haram. Walaupun di negara orang, aku berpegang teguh dengan ijtihad aku sebagai Muslim,” jelas seorang wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Twitter Goes Wild Over Malaysian Student In UK Expressing Views On Nightclub Afterparty
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram