Now Reading
Air Sungai Menyusut, Penduduk Pasir Mas & Tumpat Dijangka Raya Tanpa Bekalan Air Tahun Ini

Air Sungai Menyusut, Penduduk Pasir Mas & Tumpat Dijangka Raya Tanpa Bekalan Air Tahun Ini

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan sekitar Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan itu dijangka selesai pada 15 April 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah bekalan air di Kelantan bukanlah satu perkara baharu di negeri tersebut selepas isu ini pernah beberapa kali dibangkitkan oleh masyarakat tempatan.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, seorang individu juga pernah mendakwa dirinya terkena penyakit kulit akibat ketiadaan sumber yang bersih di negeri berkenaan.

Malah, wujud segelintir pihak yang terpaksa mencari sumber air bersih dengan usaha sendiri menerusi mesin air berbayar.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Latte!” – Individu Di Kelantan Dakwa Dijangkiti Masalah Kulit Gara-Gara Kualiti Air Begitu Kotor

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Ungkit Isu Air Di Kelantan, Netizen Didakwa Mahu Boikot ‘Influencer’


Pasir Mas Dan Tumpat Dijangka Berdepan Masalah Bekalan Air Ketika Hari Raya Aidilfitri

Isu ini dilihat sekali lagi memberatkan hati penduduk tempatan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat kerana kawasan terbabit dijangka bakal mengalami gangguan bekalan air ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada minggu hadapan.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada Sabtu lalu (30 Mac), pihak mereka memaklumkan masalah itu akan melibatkan 48,635 pemilik akaun.

Sumber: Astro Awani

Difahamkan masalah bekalan air ini berlaku disebabkan oleh pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar yang terjejas akibat penyusutan paras air di muka sauk Sungai Kelar berikutan cuaca kemarau.

Antara lokasi yang terlibat di sekitar Pasir Mas adalah:

  • Meranti
  • Kelar
  • Lemal
  • Gual Tinggi
  • Lubok Jong
  • Tendong

Bagi kawasan di Tumpat pula, ia melibatkan keseluruhan lokasi terbabit.

Namun, perkara yang lebih membimbangkan penduduk di sana adalah apabila notis tersebut memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April 2024 iaitu hari raya keenam.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar tersebut.

Bagi memudahkan urusan masyarakat setempat, AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan ke tangki statik kepada para pengguna yang terjejas.


AKSB Jamin Bekalan Air Sempat Dipulihkan Sebelum Aidilfitri

Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Korporat AKSB menjelaskan pihak mereka kini sedang berusaha sedaya-upaya bagi menyelesaikan masalah yang berlaku akibat fenomena El Nino dan kemarau ini.

Fenomena El Nino dan kemarau menyebabkan paras air sungai di muka sauk Loji Rawatan Air (KR) Kelar berada pada paras 0 meter sekali gus memberi kesan kepada 48,635 akaun pengguna di jajahan Pasir Mas dan Tumpat .

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Jelas mereka lagi, mendapan pasir serta sampah di LRA Kelar telah menyebabkan kerosakan pam dan menyumbang kepada masalah gangguan berkenaan.

Antara usaha yang kita ambil ialah pemasangan pam tambahan di luar muka sauk, kerja pembersihan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Kelar dan penyelenggaraan telaga jejari Semuba 1.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

AKSB juga akan mendapatkan bantuan khidmat lori tangka daripada rakan operator sekiranya keadaan menjadi semakin kritikal.

Sumber: Harian Metro

Ini Pula Reaksi Dari Penduduk Tempatan

Menjengah ke ruangan komen di hantaran notis tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terutamanya mereka yang menetap di Kelantan.

Sesetengah penduduk meluahkan rasa bengang kerana masalah yang sama kerap kali berulang dan berpendapat pihak bertanggungjawab tidak mengambil iktibar terhadap peristiwa sebelum ini.

“Berpuluh-puluh tahun isu sama, takkan tak pernah belajar atau ambil iktibar dari peristiwa lalu?” tanya netizen.

Malah, ada juga netizen yang sudah lali dengan isu ini kerana dikatakan berulang pada setiap tahun.

“Siaran ulangan setiap tahun dengan alasan yang sama. Tarikh sahaja yang berubah, skrip tetap sama dulu kini dan selamanya,” ujar netizen.

Ada juga penduduk yang sempat membuat gurauan kononnya pihak AKSB sepatutnya mengeluarkan notis apabila bekalan air sudah siap sedia dan bukannya ketika ketiadaan air.

“Silap notis ni. Sepatutnya buat notis bila air dah ada sebab gangguan bekalan air ni memang tiap-tiap hari dah,” kata netizen.

Sumber: Facebook Air Kelantan Official

Diharapkan masalah bekalan air ini dapat diselesaikan dengan segera sebelum menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan.

Susah juga kalau mahu beraya sekiranya tiada air.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd