Now Reading
Gara-gara Ungkit Isu Air Di Kelantan, Netizen Didakwa Mahu Boikot ‘Influencer’

Gara-gara Ungkit Isu Air Di Kelantan, Netizen Didakwa Mahu Boikot ‘Influencer’

Ada pihak yang mendakwa luahan isteri kepada Syahmi Sazli tentang isu bekalan air bersih di Kelantan seolah-olah meminta untuk menukar kerajaan tampuk pimpinan negeri itu.

Gara-gara Ungkit Isu Air Di Kelantan, Netizen Didakwa Mahu Boikot 'Influencer'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu berkaitan bekalan air bersih di negeri Kelantan telah lama menjadi pertikaian penduduk tempatan kerana mendapati kualiti air yang agak keruh.

Terdahulu, isu ini juga pernah dibangkitkan oleh selebriti Fizo Omar di laman Instagram miliknya yang meminta agar pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyelesaikan segera ‘derita’ yang dihadapi oleh rakyat negeri Kelantan.

Menurut Fizo, dia sebagai rakyat perlu bersuara berikutan isu kualiti air yang sudah bertahun-tahun berlaku tetapi masih tiada kerja baik pulih dilakukan.


‘Influencer’ Pula Persoalkan Tentang Kualiti Air Di Kelantan

Terbaharu, isteri kepada seorang ‘influencer’ dan juga YouTuber meluahkan perasaanya tentang masalah bekalan air bersih yang masih tidak diselesaikan di Kelantan.

Menurut Syahmi Sazli, luahan isterinya, Anissa Faizaul di media sosial dibangkitkan kerana isu berkenaan telah lama berlanjutan melebihi 30 tahun ketika kerajaan negeri sedia ada mentadbir Kelantan.

Walau bagaimanapun, luahan wanita tersebut mendapatkan kecaman daripada netizen yang mendakwa kritikan itu seolah-olah mahu meminta tampuk pimpinan kerajaan negeri terbabit ditukar.

Sumber: Twitter MYNEWSHUB

Susulan itu, Syahmi tampil memberikan penjelasan menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook.

Menurutnya, dia tidak kisah jika mana-mana pihak ingin mentadbir negeri Kelantan, asalkan keperluan asas rakyat dipenuhi.

Jadi bagi Mi, masalah air ini memang ada walaupun segelintir. Takkanlah nak sentuh masalah itu pun menjadi satu kesalahan. Kalau ikutkan Mi, Mi tak kisah pun siapa-siapa nak tadbir atau memerintah, tapi asalkan benda asas untuk rakyat wajib dipenuhi dan diselesaikan.

YouTuber dan influencer, Syahmi Sazli.

Dalam video yang sama, Syahmi juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan luahan isterinya tentang isu masalah kualiti air di Kelantan.


Syahmi Sazli Terima Kenyataan Jika Diboikot Oleh Netizen Selepas Ungkit Isu Air Di Kelantan

Selepas membangkitkan isu air di Kelantan, sebuah halaman di Facebook memaklumkan penduduk Kelantan mahu memboikot perniagaan Syahmi dan isiterinya.

Netizen ancam boikot bisnes Syahmi Sazli dan isteri. Demo toksey nego nga ore Kelate doh ko?

Hantaran yang dimuat naik di Facebook Anak Kelantan.
Sumber: Instagram Syahmi Sazli

Berikutan ura-ura akan diboikot oleh rakyat Kelantan, Syahmi hanya mampu menerima kenyataan sekiranya perkara tersebut berlaku demi menegakkan hak bersuara untuk kebaikan penduduk.

Dalam pada itu, Syahmi juga menghargai pihak yang masih setia memberi sokongan kepadanya.

Kalau Mi dan Nissa diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, tak apa Mi reda. Yang mana masih ada bersama Mi, moga Allah membalas kebaikan semua.

YouTuber dan influencer, Syahmi Sazli.

Ramai Pihak Yang Memihak Kepada Syahmi Sazli Untuk Bersuara Tentang Isu Air Di Kelantan

Di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Syahmi, rata-rata netizen memihak kepada Syahmi dengan menyatakan sokongan mereka kepada ‘influencer’ berkenaan dalam bersuara berkaitan isu kualiti air di Kelantan.

Difahamkan, sokongan tersebut bukan sahaja datang daripada penduduk Kelantan sahaja, tetapi dari pelbagai negeri seperti Sabah, Selangor dan Johor.

Mereka juga menasihatinya untuk tidak risau jika diboikot oleh penduduk tempatan kerana rezeki dari Allah SWT itu lebih luas.


Individu Pernah Mendakwa Terkena Penyakit Kulit Selepas Menggunakan Air Keruh Di Kelantan

Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Hafiz mendakwa tidak mendapat air terawat daripada kerajaan Kelantan sehingga terpaksa mencari sumber air bersih dengan usaha sendiri menerusi mesin air berbayar.

Lebih membimbangkan lagi, dia juga dipercayai telah terkena penyakit kulit akibat ketiadaan sumber yang bersih di negeri berkenaan.

Susulan itu, lelaki terbabit turut menyeru pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera dan berhenti menunding jari dengan menyalahkan antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan: “Macam Latte!” – Individu Di Kelantan Dakwa Dijangkiti Masalah Kulit Gara-Gara Kualiti Air Begitu Kotor

Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production | Instagram Fizo Omar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd