Now Reading
Petaling Street Tersenarai Sebagai Jalan Ke-6 Paling ‘Cool’ Di Dunia, Kalah Singapura & London!

Petaling Street Tersenarai Sebagai Jalan Ke-6 Paling ‘Cool’ Di Dunia, Kalah Singapura & London!

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan faktor kepelbagaian makanan serta minuman, budaya dan kemeriahan pada waktu malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut Petaling Street, mesti ramai yang teringat dakwaan seorang jurugambar dari United Kingdom yang kononnya ada peniaga menjual daging kucing di lokasi terbabit.

Dakwaan tersebut telah disangkal oleh para peniaga di kawasan sekitar dan menjelaskan tiada pihak yang menjual daging kucing seperti diperkatakan selain ia telahpun ditutup sejak tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Tempatan Dakwa Petaling Street Tidak Pernah Jual Daging Kucing

Walaupun sering dikaitkan dengan perkara yang bersifat negatif, Petaling Street juga dikategorikan dalam senarai yang positif baru-baru ini.


Petaling Street Tersenarai Dalam Jalan Yang ‘Cool’ Di Dunia

Memetik laporan Time Out, syarikat majalah yang berasal dari kota London ini telah menyenaraikan 30 buah jalan di seluruh dunia yang dikategorikan sebagai ‘Jalan Paling Cool’ pada tahun 2024.

Siapa sangka, Malaysia turut berada di dalam senarai tersebut.

Bukan biasa-biasa kerana Jalan Petaling atau Petaling Street di Kuala Lumpur itu berada pada kedudukan ke-6 teratas mengalahkan beberapa bandar dan negara terkenal lain seperti Singapura, Jepun dan London.

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan faktor kepelbagaian makanan serta minuman, budaya dan kemeriahan pada waktu malam.

Sumber: klia2.info

Senarai penuh bagi kategori ‘Cooles Street In The World’ seperti yang dipilih oleh Time Out adalah seperti berikut:

  1. High Street, Melbourne, Australia
  2. Hollywood Road, Hong Kong
  3. East Eleventh, Austin, Amerika Syarikat
  4. Guatemala Street, Buenos Aires, Argentina
  5. Commercial Drive, Vancouver, Kanada
  6. Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia
  7. Rua da Boavista, Lisbon, Portugal
  8. Arnaldo Quintela, Rio de Janeiro, Brazil
  9. Chazawa-dori, Tokyo, Jepun
  10. Consell de Cent, Barcelona, Sepanyol
  11. Bree Street, Cape Town, Afrika Selatan
  12. Oranienstraße, Berlin, Jerman
  13. Fifth Avenue, Park Slope, New York City, Amerika Syarikat
  14. Ban Tad Thong, Bangkok, Thailand
  15. East 3rd Street, Los Angeles, Amerika Syarikat
  16. Rua Sá de Noronha, Porto, Portugal
  17. Gerrard Street, London, England
  18. Conde Duque Street, Madrid, Sepanyl
  19. Bucareli, Mexico City, Mexico
  20. Rue de Belleville, Paris, Perancis
  21. 18th Street, Chicago, Amerika Syarikat
  22. Camden Street, Dublin, Ireland
  23. Foster Street, Sydney
  24. Songridan-gil, Seoul, Korea Selatan
  25. Quang An Street, Tay Ho, Hanoi, Vietnam
  26. Miracle Mile, Miami, Amerika Syarikat
  27. Saint-Hubert Place, Montreal, Kanada
  28. Troon Street, Athens, Greece
  29. Cecil Street, Singapura
  30. L.P Leviste Street, Manila, Filipina

Petaling Street Pernah Tersenarai Sebagai Lokasi Paling Banyak Barang Cetak Rompak

Pada tahun 2023, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) menyenaraikan sejumlah 33 pasaran fizikal dan 39 pasaran atas talian di 18 negara yang menjual barangan cetak rompak.

Daripada 18 buah negara itu, Petaling Street adalah salah satu daripadanya yang menjual sejumlah besar barangan tiruan termasuklah jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan sebagainya.

Sumber: Pexels

Laporan itu turut menyelar pihak berkuasa tempatan yang tidak proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan tanpa inisiatif pemegang hak.

“Walaupun pemegang hak cuba untuk memulakan aktiviti penguatkuasaan, tetapi mereka menjelaskan bahawa tindakan tersebut sukar dilakukan kerana pilih kasih dan jenayah terancang di pasar tersebut.

Negara-negara lain yang turut tersenarai adalah China, Vietnam, India dan Filipina.

Baca Artikel Berkaitan: Petaling Street Tersenarai Sebagai Lokasi Paling Banyak Jualan Barangan Tiruan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd