Now Reading
Universal Music Group Dakwa Mahu Padam Lagu Artis Bawah Naungan Mereka Di TikTok

Universal Music Group Dakwa Mahu Padam Lagu Artis Bawah Naungan Mereka Di TikTok

Antara karya artis di bawah naungan Universal Music Group (UMG) yang akan dipadam di TikTok adalah dari Ariana Grande, Taylor Swift, Billie Eilish dan SZA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila nak cari trend terbaharu atau kafe yang menarik di kawasan sekitar, tidak dinafikan TikTok menjadi pilihan orang ramai sebagai platform carian mereka.

Boleh dikatakan setiap pengguna TikTok juga akan meletakkan lagu sebagai latar belakang dan bagi menjadikan video mereka tampil lebih menarik dan tidak membosankan.

Tetapi pilihan lagu untuk diletakkan oleh pengguna TikTok selepas ini akan menjadi lebih terhad selepas satu tindakan dilakukan oleh syarikat muzik antarabangsa iaitu Universal Music Group (UMG).


Universal Music Dipercayai Tidak Benarkan Lagu Artis Bawah Naungan Mereka Digunakan Dalam TikTok

Pada 30 Januari lalu, UMG telah menulis surat terbuka kepada komuniti artis dan penulis di bawah naungan mereka berhubung penggunaan lagu di platform TikTok.

Dalam surat tersebut, pihak UMG membuat dakwaan mahu menarik semula kesemua lagu daripada TikTok sebagai usaha untuk melindungi karya asli yang dihasilkan oleh para artis naungan mereka.

Perkara ini telah diusulkan oleh UMG kepada TikTok, namun syarikat media sosial itu dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Oleh kerana TikTok didakwa tidak mahu menerima usul berkenaan, UMG dipercayai mahu mengambil tindakan untuk tidak membenarkan mana-mana lagu di bawah naungan mereka diguna pakai.

Bagi video-video sebelum ini yang telah menggunakan lagu dari UMG, video berkenaan akan disenyapkan (mute) tanpa mempunyai lagu latar belakang.

Antara artis terkenal yang berada di bawah naungan Universal Music adalah:

  • Ariana Grande
  • Billie Eilish
  • Coldplay
  • Adele
  • Taylor Swift
  • Kendrick Lamar
  • Drake
  • Olivio Rodrigo
  • Selena Gomez
  • Harry Styles
Artis-artis di bawah naungan Universal Music Group (UMG).

UMG Desak TikTok Dengan Tiga Perkara

Surat terbuka itu juga menyebut bahawa kontrak antara UMG dan TikTok telah tamat pada 31 Januari 2024 dan turut mendesak syarikat media sosial berkenaan tentang tiga perkara iaitu:

  • Pampasan untuk artis dan pencipta lagu mereka.
  • Melindungi artis mereka daripada kesan bahaya penggunaan teknologi AI.
  • Keselamatan atas talian bagi pengguna TikTok.

Tambah UMG lagi, TikTok dikatakan tidak membayar artis dan pencipta lagu mereka dengan bayaran yang sepatutnya.

Semasa rundingan kami diteruskan, TikTok cuba membuli kami supaya menerima perjanjian yang bernilai kurang daripada perjanjian sebelumnya, jauh lebih rendah daripada nilai pasaran yang saksama dan tidak mencerminkan pertumbuhan eksponen mereka.

Universal Music Group (UMG).

Bukan itu sahaja, UMG turut mendakwa TikTok telah membenarkan platform tersebut dipenuhi dengan karya asli yang diubah suai menggunakan teknologi AI.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Ini Pula Respon Dari TikTok

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh TikTok, pihak mereka berpendapat bahawa tindakan UMG itu seolah-olah bersifat tidak mementingkan artis serta pencipta lagu.

Mereka telah memilih untuk meninggalkan sokongan hebat dari platform ini dengan jumlah pengguna lebih 1 bilion yang boleh berfungsi untuk mempromosikan karya artis mereka secara percuma

TikTok.

TikTok dikatakan telah dapat mencapai persetujuan dari artis terlebih dahulu dengan daripada setiap label muzik dan penerbit lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd