Now Reading
Berita Pengampunan Najib: Utusan Mohon Maaf, Tarik Balik Laporan

Berita Pengampunan Najib: Utusan Mohon Maaf, Tarik Balik Laporan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan pembebasan Datuk Seri Najib Razak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Utusan memohon maaf dan menarik semula laporan bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja.

Menurut Utusan, pihaknya menarik balik berita mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikeluarkan pada Selasa pagi (30 Jan) kerana ‘fakta yang tidak dapat disahkan’.

Terdahulu nama Najib menjadi perbualan hangat selepas Utusan melaporkan terdapat sumber mengatakan yang bekas perdana menteri itu mendapat pengampunan dari Lembaga Pengampunan semalam (29 Januari).

Walau bagaimanapun portal itu memaklumkan masih belum terdapat kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan mengenai perkara tersebut.

Utusan pada Isnin pula melaporkan yang Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada hari sama.

Antara agenda dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu adalah mengenai pembebasan Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu memandangkan agenda mesyuarat berkenaan adalah perkara sulit.

Sehubungan itu, Dr Zaliha meminta media untuk menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan. Ia (mesyuarat) diadakan semalam di Istana Negara. Ya ,saya menghadiri mesyuarat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Sehingga kini, kami juga masih menunggu kenyataan rasmi berhubung kes tersebut.


Kes Penyelewengan SRC International Sdn Bhd Melibatkan Najib Razak

Pada 23 Ogos 2023, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.

Keputusan itu juga menyaksikan Najib akan menjadi pemimpin tertinggi pertama di Malaysia yang pernah dikenakan hukuman penjara.

Baca Artikel Berkaitan: Rayuan Terakhir Ditolak, Najib Kekal Dipenjara 12 tahun & Denda RM210 juta

Baca Artikel Berkaitan: PH Tidak Setuju Beri Pengampunan Pada Najib Razak, Keputusan Akhir Oleh YDPA

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tak Boleh Paksa” – Kuasa Pengampunan Najib Terserah Pada Agong, Kata Azalina Othman


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd