Now Reading
Ahli Politik Tak Terkecuali Daripada Skim Pemansuhan Pencen – Anwar Ibrahim

Ahli Politik Tak Terkecuali Daripada Skim Pemansuhan Pencen – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan pemansuhan skim untuk penjawat awam baru turut terpakai bagi lantikan ahli politik termasuklah menteri, menteri besar dan wakil rakyat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (26 Januari), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa skim pemansuhan pencen bagi penjawat awam baharu juga terpakai untuk pelantikan ahli politik termasuklah menteri, menteri besar dan wakil rakyat.

Apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam terpakai juga bagi ahli politik. Maknanya, kalau kita mula pada 1 Februari 2024 dan semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua lantikan baharu ahli politik.

Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim berkata, beliau secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan tersebut, namun akan dimuktamad berdasarkan kajian diperoleh.

“Jadi ada orang kata mengapa tidak (termaktub sama ahli politik). Soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian jadi timbalan perdana menteri, itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tetapi tak boleh dibawa ke belakang secara retrospektif.

“Secara prinsipnya, saya bersetuju supaya apa sahaja keputusan yang dibuat untuk perkhidmatan awam terpakai bagi pelantikan politik tetapi dimuktamadkan setelah kajian dibawa dan Jemaah Menteri putuskan,” jelas beliau.


Zahid Hamidi Umum Penjawat Awam Baru Tidak Lagi Diberikan Pencen

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju pengambilan penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak lagi berpencen.

Ulas beliau, pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaan skim itu akan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tidak lama lagi.

Difahamkan status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, walau bagaimanapun golongan yang baharu dilantik pada masa akan datang perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber: Malay Mail

Banyak Pihak Tak Setuju Dengan Pemansuhan Pencen Penjawat Awam

Susulan hebahan tersebut, isu tersebut telah menjadi topik hangat di kalangan orang ramai khususnya warganet di mana rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan diambil oleh kerajaan.

Isu terbabit juga telah mendapat perhatian Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di mana pihak itu berpendapat skim harus bermula dengan pelantikan politik terlebih dahulu selain mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik.

Baca Artikel Berkaitan: Mansuhkan Pencen Wakil Rakyat Dahulu, Kata CUEPACS

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut bersuara dan menggesa kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam berbanding membuat keputusan menghapuskan pencen mereka.

Syed Saddiq berkata, penjawat awam adalah barisan hadapan negara yang perlu dijaga bukan sahaja patut dirai apabila tiba musim pilihan raya dan ketika berjaya menyelamatkan rakyat semasa musim Covid-19.

Malah beliau turut mempersoalkan keadilan mengenai perkara itu memandangkan penjawat awam akan menjalankan tugas mereka jauh lebih lama dari segelintir ahli politik.

@syedsaddiq

Kerajaan umum hentikan pencen penjawat awam. Tapi Ahli Politik masih dapat pencen bertingkat-tingkat Adil atau tidak? Apa pandangan anda? #pencen #penjawatawam

♬ Cornfield Chase – Hans Zimmer

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Syed Saddiq Saran Mansuhkan Pencen Menteri Serta Wakil Rakyat & Naikkan Gaji Penjawat Awam

Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Dilantik Secara Kontrak Bermula 1 Februari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd