Now Reading
KPM Tetapkan Hanya 2 Hari Seminggu Pakai Baju Seragam Untuk Pelajar Sekolah

KPM Tetapkan Hanya 2 Hari Seminggu Pakai Baju Seragam Untuk Pelajar Sekolah

Pelajar sekolah dibenarkan untuk memakai pakaian seragam selama dua hari seminggu, manakala dua hari lagi berpakaian sukan dan sehari berpakaian ko-kurikulum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada hari ini (19 Januari) telah menetapkan garis panduan dan peraturan pemakaian murid sekolah bagi penggal persekolahan sesi 2024/2025.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM.

Tambahnya lagi, surat pekeliling dan makluman lanjut melibatkan arahan pemakaian tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dalam garis panduan berkenaan, pelajar sekolah dibenarkan untuk memakai pakaian seragam selama dua hari seminggu, manakala dua hari lagi berpakaian sukan dan sehari berpakaian ko-kurikulum.

Pihak sekolah juga boleh menentukan hari tertentu bagi membolehkan pelajar-pelajar mereka memakai pakaian seperti yang ditetapkan.

Ya, itu akan diperincikan dalam surat makluman nanti mengenai autonomi yang akan diberikan kepada pihak sekolah nanti asalkan mereka mengikut dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sumber: Harian Metro

Memetik Berita Harian, keputusan ini diumumkan oleh Fadhlina selepas ramai ibu bapa yang tertanya-tanya tentang pemakaian sekolah pada sesi persekolahan pada bulan Mac ini.

Ini kerana ibu bapa perlu membuat persediaan awal dari segi kewangan serta pembelian baju sekolah anak-anak mereka.

Selain itu, bagi kita ini adalah penegasan keputusan untuk meringankan beban ibu bapa yang berhasrat membuat persiapan lebih awal.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Kelonggaran Pakaian Seragam Sekolah Sejak Zaman Pandemik Covid-19

Sebelum ini, murid sekolah telah diberikan kelonggaran dalam pemakaian seragam sekolah pada Oktober 2021 semasa pembukaan semula sesi persekolahan secara fizikal selepas ditutup hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Pada Mei tahun lalu juga, pihak KPM telah melonggarkan peraturan pemakaian baju seragam sekolah ketika negara dilanda cuaca panas.

Cuaca panas ketika itu yang boleh membawa risiko strok haba telah menjadi faktor KPM memberi kebenaran kepada murid sekolah serta guru-guru untuk memakai pakaian sukan serta tidak diwajikan pemakaian tali leher.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Benarkan Pelajar & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Berdepan Cuaca Panas

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas: KPM Arah Aktiviti Luar Bilik Darjah Termasuk Sukan & Rentas Desa Ditangguhkan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd