Now Reading
Pamer Kelakuan Tidak Sopan, Aksi Ghairah Wanita Mengaku ‘Cikgu’ Bikin Ramai Geram

Pamer Kelakuan Tidak Sopan, Aksi Ghairah Wanita Mengaku ‘Cikgu’ Bikin Ramai Geram

Apa yang lebih teruk, boleh dikatakan hampir ke semua video yang dimuat naik di akaun tersebut memperlihatkan wanita yang mengaku seorang guru itu berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya terutama bahagian dada.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui guru berperanan dalam mengajar dan mendidik individu menjadi seorang yang berilmu.

Oleh sebab itu, guru diibarat seperti lilin yang membakar diri kerana tugas mendidik dan mengajar bukanlah satu kerja yang mudah.

Malah, kebanyakan individu menjadikan guru sebagai ‘role model’ atau contoh tauladan disebabkan mempunyai nilai-nilai murni dan sikap yang positif dalam membentuk individu menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Namun, sejak belakangan ini, timbul cerita yang kurang enak didengar membabitkan golongan pendidik.

Tular Video Wanita Yang Didakwa Seorang Guru Pamer Aksi Panas, Sengaja Tayang Bentuk Badan

Terbaharu, tular di Tik Tok video seorang perempuan yang dilihat mempamerkan kelakuan tidak senonoh dan ghairah di media sosial.

Menerusi satu video di Tik Tok, kelihatan wanita berkenaan berada di dalam kolam renang sambil menunjuk dan menggoyangkan bahagian dadanya dengan ghairah ke arah kamera.

Apa yang lebih teruk, boleh dikatakan hampir ke semua video yang dimuat naik di akaun tersebut memperlihatkan wanita berkenaan berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya terutama bahagian dada.

Malah, kebanyakan video di akaun tersebut turut menunjukkan aksi ghairah serupa yang disifatkan netizen sebagai menjatuhkan maruah seorang wanita.

Foto: Tangkap Layar Akaun TikTok Wanita Berkenaan

Wanita tersebut di ruangan kapsyen turut memberi gambaran dia seorang pendidik. Malah, dia tanpa segan silu mendakwa dia seorang guru dan menggelarkan dirinya ‘Cikgu Suraya’.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh wanita berkenaan, dia turut mempamerkan satu tag nama atau kad ID yang memaparkan wajahnya berserta nama selain tertera jawatan ‘Pegawai Perkhidmatan Pendidikan’.

Selain itu, tertera lambang Jata Negara seolah-olah ia adalah kad yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Di bahagian kapsyen pula tertulis, “Dapat lanyard bersama kad baru.”

Foto: Tangkap Layar Akaun TikTok Wanita Berkenaan

Video Tidak Senonoh Tarik Perhatian Ramai

Video tidak senonoh wanita ini nyata menarik perhatian warganet. Meskipun ada yang tanpa segan silu memuji perbuatannya namun rata-rata daripada mereka terkejut dan geram dengan tindakan wanita berkenaan yang dilihat dengan sengaja menayangkan badannya.

Malah, ada segelintir yang tidak percaya dengan dakwaan wanita itu yang dia seorang guru selain ada yang menyifatkan dia seolah-olah sengaja mahu mencalarkan nama baik KPM dan imej profesion mulia itu disebabkan sikap dan kelakuan tidak senonoh yang ditunjukkan.

Kad ID kelihatan palsu dan mungkin disunting

Malah kami percaya foto kad id guru tersebut juga adalah palsu dan disunting.

Ini kerana pemerhatian kami mendapati kad pada video berkenaan dilihat mirip dengan kad yang dihasilkan sebuah syarikat percetakan untuk guru-guru di sebuah sekolah di Pontian, Johor.

Kami sudah menghubungi KPM bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tular ini. Sebarang info akan dikemas kini di sini dan dalam artikel susulan.

Berikut antara komen yang diberikan netizen:

Mohon Jangan Mencemar & Mencalar Imej Seorang Yang Bergelar ‘Cikgu”

KPM Tak Panggil Ke

Tak Logik Cikgu

Cikgu Apa Macam Tu

Sumber: TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd