Now Reading
Kos Alat Ganti & Selenggara Meningkat, Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Mulai Penggal Mac 2024

Kos Alat Ganti & Selenggara Meningkat, Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Mulai Penggal Mac 2024

Pengusaha bas sekolah menjelaskan bahawa harga alat ganti kenderaan yang semakin mahal menjadi salah satu faktor mereka perlu menaikkan kadar tambang bas sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi ibu bapa yang bekerja atau suri rumah yang perlu menguruskan anak kecil, perkhidmatan bas dan van sekolah adalah satu keperluan untuk membolehkan anak mereka ke sekolah tepat pada waktunya.

Sesetengah ibu bapa yang sibuk dengan kerja melihat perkhidmatan ini adalah satu keperluan kerana dapat menjimatkan masa untuk urusan menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah.

Namun begitu, perkhidmatan ini dikatakan bakal mengalami peningkatan dari segi yuran mulai sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini.


Kenaikan Kos Penyelenggaran Antara Faktor Bayaran Yuran Lebih Mahal

Memetik Sinar Harian, Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia iaitu Amali Munif Rahmat berkata kenaikan harga yuran tersebut adalah disebabkan oleh kos operasi dan penyelenggaraan yang semakin mahal.

Jelasnya, nilai alat ganti kenderaan yang semakin meningkat terutamanya melibatkan peralatan diimport dari luar negara telah menjadi salah satu faktor tambang bas sekolah terpaksa dinaikkan.

Kalau dulu harga alat ganti RM100 tetapi sekarang dah naik RM120 hingga RM150, dan kos juga berdasarkan penyelenggaraan bulanan. Kami juga perlu menukar minyak hitam dan perlu juga melihat berapa jauh perjalanan bas itu setiap bulan sebab itu saya kata operasi setiap operator tidak sama, malah ada juga operator perlu membayar parkir kalau tidak akan disaman.

Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia iaitu Amali Munif Rahmat
Sumber: MalayMail

Walau bagaimanapun, pengusaha bas sekolah itu menjelaskan kadar kenaikan yuran masih belum ditetapkan buat masa ini.

Memang kemungkinan ada peningkatan harga untuk penggal baharu tetapi saya tidak pasti berapa jumlahnya kerana ia berbeza mengikut operator itu sendiri dengan mereka perlu mengambil kira margin perniagaan dan situasi semasa.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia iaitu Amali Munif Rahmat.

Difahamkan, kerajaan sudah tidak lagi mengawal kadar tambang bas sekolah dan hanya mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tak Kerja Nak Makan Apa?” – Desakan Hidup Dorong Wanita Umur 60 Tahun Jadi Pemandu Bas Sekolah Haram

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Garu Kepala Harga Yuran Taska Kini Melebihi RM1,000

Sumber: MalayMail

Kementerian Pengangkutan Belum Buat Sebarang Keputusan

Memetik Astro Awani, Kementerian Pengangkutan menerusi Timbalan Menterinya Datuk Hasbi Habibollah berkata, mereka telah menerima pelbagai maklum balas daripada banyak pihak tentang cadangan pengusaha untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah.

Namun, kementeriannya setakat ini belum membuat sebarang keputusan dan ia perlu dikaji terlebih dahulu.

Yang sebenarnya semua ini mestilah dikaji sebab semuanya mempunyai bab (peranan) terutamanya ibu bapa, jadi kita belum keluarkan apa-apa keputusan tentang itu. Memang kita ada terima macam-macam cadangan tapi ia masih lagi dikaji

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Tiang Dua semalam (15 Januari).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd