Sumber gambar: @redzuanNewsMPB, @fahmi_fazdil/ Twitter
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Satu kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku melibatkan sebuah van sekolah di jalan berhampiran bangunan Radio Televisyen Malayisa (RTM) di Kuala Lumpur.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menerusi satu posting dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Pemandu van tersebut yang merupakan penduduk PPR Kampung Limau dikenali sebagai Janggut telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menerima rawatan lanjut.
Beberapa kanak-kanak yang lain telah dihantar pulang tetapi hanya seorang sahaja daripada mereka yang tercedera di bahagian kepala.
Sumber: Facebook Fahmi Fadzil
Sehingga kini, punca kemalangan yang dipercayai berlaku di flyover Lebuhraya Pantai Baru (New Pantai Expressway) masih belum diketahui.
Diharapkan mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan semula. Amin.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.