Now Reading
Banjir: Oyen Enggan Makan Gara-gara Lihat Air Naik

Banjir: Oyen Enggan Makan Gara-gara Lihat Air Naik

Menurut Fairus, ketiga-tiga kucing peliharaannya enggan makan selepas diselamatkan oleh si suami ketika paras air banjir naik di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, sejak hujung tahun lalu, negara kita sekali lagi dilanda bencana banjir.

Menerusi laman web rasmi Public Infobanjir, keadaan banjir di Johor dilihat semakin teruk dan beberapa daerah mencatatkan paras air bahaya seperti di Kluang, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Johor: Kota Tinggi Catat Mangsa Paling Ramai

Situasi itu bukan sahaja memudaratkan penduduk yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), malah haiwan tidak bersalah juga terkesan.


Lelaki Patah Balik Ke Rumah Untuk Selamatkan Kucing

Akibat banjir yang masih berterusan hingga kini, sebahagian penduduk di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru terpaksa meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri masing-masing ketika air mula naik sejak awal pagi semalam (9 Januari).

Menurut salah seorang penduduk, Fairus Ya, 45, dalam keadaan kelam-kabut, dia hanya membawa barangan penting sahaja keluar bersama suaminya kemudian mencari lokasi berlindung ketika hari masih gelap.

Dalam situasi genting itu, pasangan berkenaan membuat keputusan untuk meninggalkan dahulu tiga kucing peliharaan yang dikenali sebagai Milo, Jojo dan Baby kerana beranggapan air tidaklah terlalu tinggi hingga boleh mengundang bahaya kepada haiwan tersebut.

Meskipun begitu, Fairus dan suami berasa tidak sedap hati apabila melihat air semakin naik. Oleh disebabkan itu, dia meminta si suami untuk segera pulang ke rumah untuk dapat menyelamatkan kucing yang ditinggalkan.

Sumber: Astro Awani

Terpaksa Redah Air Banjir Paras Dada Untuk Selamatkan Kucing

Demi menyelamatkan kucing kesayangan, suami Fairus telah meredah air banjir yang cecah ke paras dada untuk ke rumah sebelum berjaya membawa haiwan-haiwan tersebut keluar.

“Masa itu kucing saya dalam rumah. Kami memang tak keluarkan pagi tadi, selamatkan diri kita dulu sebab nampak macam air tak tinggi sangat. Namun selepas itu, nampak air makin naik. Dia (suami) pergi selamatkan kucing pula.

“Ketiga-tiga ekor kucing ini, suami saya masukkan dalam sangkar. Kemudian dia pegang sangkar lebih tinggi daripada paras dada supaya mereka tak kena air. Dia kemudiannya bawa ke tempat selamat,” katanya, lapor Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Kucing Enggan Makan, Terkejut Dengan Keadaan Banjir

Sementara itu, Fairus turut menceritakan bahawa ini adalah kali pertama kucingnya keluar daripada kawasan rumah.

“Ini memang pertama kali bawa keluar, tak pernah keluar. Mereka tidak pernah pijak rumput apatah lagi berdepan banjir, situasi ini membuatkan semua kucing saya panik.

“Paling panik adalah Baby yang berusia sembilan bulan. Ia terus terjun ke dalam air sebaik nampak suami masuk ke dalam rumah,” ujarnya.

Difahamkan, si bulus enggan untuk makan kerana berasa panik dan terkejut dengan perkara yang berlaku.

“Dari pagi sampai sekarang (tengah hari) tak nak makan. Bagi ‘booster’ pun tak nak makan. Biasa kalau bagi, dia makan tapi kali ini tak nak,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Fairus berasa lega kesemua ahli keluarga termasuklah kucing peliharaan berjaya keluar dari rumah dengan selamat.


9 Langkah Keselamatan Ketika Musim Banjir

Di sini kami kongsikan beberapa saranan langkah keselamatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika musim banjir yang perlu dipraktikkan. Antaranya:

  • Elakkan dari bermain atau meredah air banjir.
  • Pakai peralatan pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir.
  • Segera bersihkan badan yang terkena banjir dengan air bersih.
  • Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.
  • Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan.
  • Sentiasa guna air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan tubuh badan.
  • Pastikan pusat pemindahan sementara (PPS) sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak.
  • Pakai alat pelindungan diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir.
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja permbersihan.

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Johor: 3 Sekolah Ditutup & 7 Sekolah Agama Tangguh Peperiksaan

Baca Artikel Berkaitan: Elak Terkena Renjatan Elektrik, TNB Kongsi Langkah Keselamatan Ketika Banjir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd