Now Reading
Pondok Bayaran Letak Kereta Dibakar, Orang Awam Dakwa Mungkin Kerana Caj Mahal

Pondok Bayaran Letak Kereta Dibakar, Orang Awam Dakwa Mungkin Kerana Caj Mahal

Terdapat tiga insiden merosakkan dan membakar pondok bayaran parkir di Dataran Rimba Square, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada bulan Oktober lalu dan minggu ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum keadaan ekonomi Malaysia dan banyak negara di dunia ketika ini dilihat tidak menentu. Sebagai contoh di negara kita, harga barangan di pasar raya melonjak naik.

Bahkan caj perkhidmatan parkir kenderaan di beberapa buah premis perniagaan di Malaysia juga semakin mahal.

Situasi sedemikian sememangnya telah membebankan banyak pihak termasuklah para peniaga dan pengunjung di sesebuah kawasan.

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Tidak Sepadan Dengan Kos Sara Hidup Pada Masa Kini -Penganalisis Ekonomi


3 Kes Pondok Bayaran Parkir Dilaporkan Rosak

Pada Selasa (5 Disember) sekitar jam 5 pagi, sebuah pondok bayaran parkir Dataran Rimba Square, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu didapati telah dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, kerosakan pondok tersebut telah membawa kepada kerugian melebihi RM10,000.

Namun, insiden sebegitu bukanlah pertama kali berlaku di kawasan berkenaan. Seperti sebelum ini, terdapat dua lagi kes berlainan melibatkan kerosakan pondok parkir yang baru dibina iaitu pada 8 Oktober dan 4 Disember lalu.

Menurut wakil syarikat, Norshafina Ab Fatah, 34, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Terengganu atas insiden kemusnahan pondok bayaran parkir yang berlaku kelmarin.

Selain itu, kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam pondok turut dirosakkan.

“Saya tak sangka pula pondok itu juga akan dibakar kerana dua insiden yang terjadi sebelum ini berlaku di lokasi sama iaitu di Dataran Rimba Square,” tambah Norshafina.

Sumber: Sinar Harian

Polis Kini Sedang Siasat Tentang 2 Kes Kerosakan Pondok Bayaran Parkir

Polis Diraja Malaysia (PDRM) walau bagaimanapun sedang menyiasat ketiga-tiga kes berkenaan yang berlaku di kawasan Dataran Rimba Square itu.

Siasatan kes terbabit dilaksanakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.

“Satu lagi laporan diterima bagi kejadian yang berlaku pada Isnin lalu dan ia disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana memecahkan cermin dan mendatangkan bencana,” ulas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din.


Peniaga Tak Setuju Dengan Caj Parkir Yang Mahal

Dalam pada itu, peniaga Pusat Perniagaan Dataran Rimba, Gong Badak mengakui caj parkir kenderaan di lokasi tersebut menjadi satu bebanan sehingga menyebabkan aktiviti vandalisme berlaku.

Salah seorang peniaga, Mohd. Shafie Md. Razali mendakwa, dia tidak bersetuju dengan tindakan merosakkan pondok, namun mengakui caj RM1 selama satu jam yang dikenakan membebankan para pengguna.

“Bukan hanya pelanggan, malah peniaga dan pekerja-pekerja premis perniagaan di kawasan ini lagi terbeban.

“Saya dan pekerja-pekerja perlu membayar caj harian RM10 atau purata RM300 sebulan setiap seorang hanya untuk meletak kenderaan,” ujarnya memetik Kosmo.

Bukan sahaja perlu membayar caj yang tinggi, malah pusat perniagaan tersebut dilihat semakin sunyi tanpa kehadiran para pengunjung.

Oleh disebabkan itu, ramai peniaga sudah mula menutup operasi bisnes akibat kekurangan pelanggan sejak kebelakangan ini.


Caj Parkir Tak Setanding Dengan Perkhidmatan Ditawarkan

Sementara itu, seorang lagi pengusaha perniagaan Muhd. Shahamiza Ali berkata, caj RM1 sejam yang dikenakan tidak sepadan dengan perkhidmatan ditawarkan kerana parkir disediakan tidak berbumbung.

Bukan itu sahaja, kawasan meletakkan kenderaan tersebut tidak mempunyai kawalan keselamatan.

“Bukan kami menentang pelaksanaan caj meletak ken­deraan, tetapi biarlah berpada­nan dengan perkhidmatan diberikan,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Ulat Parkir Didakwa Ugut Calar Kereta Pemandu Jika Enggan Bayar Parking


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd