Now Reading
Ulat Parkir Didakwa Ugut Calar Kereta Pemandu Jika Enggan Bayar Parking

Ulat Parkir Didakwa Ugut Calar Kereta Pemandu Jika Enggan Bayar Parking

Bukan sahaja kereta, segelintir penunggang motosikal juga dipaksa oleh ‘ulat parkir’ untuk membayar caj sekiranya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.

Ulat Parkir Didakwa Calar Kereta Pemandu Jika Enggan Bayar Parking

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pernah tak anda pergi ke mana-mana kawasan untuk meletakkan kenderan di tepi jalan dan tiba-tiba didatangi individu bukan pihak berkuasa meminta bayaran parkir?

Golongan seperti itu dipercayai sebagai ‘ulat parkir’ yang akan meminta bayaran dikatakan sebagai upah untuk menjagakan kenderaan anda daripada dihampiri oleh mana-mana penjenayah.

Namun, adakalanya bayaran yang diminta tidak tetap. Boleh jadi hari ini dia minta RM5, esok pula diminta RM10.

Sumber: Mekanika

Masalah Ulat Parkir Semakin Berleluasa Di Kuala Lumpur

Memetik laporan Harian Metro, ramai warga kota di Kuala Lumpur meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir ‘ulat parkir’ yang dilihat semakin berleluasa.

Mana tidaknya, ada di antara mereka yang sengaja meminta bayaran caj parkir dengan harga agak mahal di lokasi tumpuan orang ramai seperti di pusat membeli-belah, tempat makan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ‘ulat parkir’ tersebut juga dikatakan pernah mencalarkan kereta seorang pekerja swasta bernama Mohd Farouk Abdul Hamid kerana enggan membayar caj yang dikenakan.

Tindakan mereka memaksa pengguna jalan raya membayar caj parkir amatlah keterlaluan. Pernah satu hari, kereta saya dicalarkan kerana tidak membayar RM10 kepada individu berkenaan. Lot parkir awam ini dijadikan seolah-olah sumber pendapatan mereka.

Pekerja swasta, Mohd Farouk Abdul Hamid.

Seorang lagi pemandu berkongsi pengalaman apabila dimarahi oleh ‘ulat parkir’ sehingga diugut keretanya akan dirosakkan sekiranya enggan membayar RM20 kepada individu tersebut.

Disebabkan tidak mahu berhadapan situasi sama, lelaki dikenali sebagai Amirul Azlan Shah Mohd Shakib ini lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke pusat bandar.

Saya ketika itu ingin menjamu selera. Selepas diminta membayar caj, lelaki itu memarahi dan mengugut untuk merosakkan kenderaan. Sejak pengalaman itu, saya menggunakan perkhidmatan e-hailing jika ingin ke pusat bandar kerana risau keselamatan, selain bayaran parkir yang tidak berbaloi.

Amirul Azlan Shah Mohd Shakib.
Sumber: Perak Today

Penunggang Motosikal Turut Jadi Mangsa

Bukan setakat kereta, motosikal juga dikenakan caj bayaran parkir oleh golongan ‘ulat parkir’.

Situasi terbabit diceritakan oleh seorang penunggang motosikal Mohd Afiq Mohd Nasir yang mendedahkan dirinya juga pernah dipaksa membayar RM1 kepada ‘ulat parkir’.

Sudah beberapa kali saya kena dan dipaksa membayar RM1 kepada ulat parkir. Alasannya untuk menjaga motosikal dan mengelak daripada dicuri. Kalau saya tidak bagi, saya risau motosikal akan diapa-apakan dan jumlah berkenaan tidaklah terlalu besar.

Mohd Afiq Mohd Nasir.

Segera Laporkan Kepada Pihak Polis Jika Terjumpa Kumpulan ‘Ulat Parkir’

Kegiatan ‘ulat parkir’ ini adalah salah di sisi undang-undang dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana pihak selain pihak berkuasa yang sah berada di atas jalan atau di kawasan parkir kereta dengan bertujuan untuk mendesak orang awam dengan penjagaan atau pencucian sesebuah kenderaan, ia adalah suatu kesalahan.

Kepada anda yang terjumpa dengan mana-mana ‘ulat parkir’, laporan boleh dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PRDM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya penguatkuasaan serta pemantauan dapat dilakukan dengan segera.

BACA JUGA: Pengemis Jalanan Di Filipina Dah Semakin Maju, Guna Imbasan Kod QR Minta Sedekah

BACA JUGA: Canggih! Pengemis Di China Kini Hanya Guna QR Pay Untuk Terima Sedekah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd