GSC Berjaya Times Square Umum Bakal Henti Operasi 27 November Ini
Manakala tayangan terakhir di cawangan tersebut dijadualkan pada 26 November 2023.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, GSC Cinemas menerusi laman Facebook miliknya telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut bakal menutup cawangan pawagam di Berjaya Time Square pada 27 November akan datang.
Manakala tayangan terakhir di cawangan itu adalah pada 26 November 2023.
GSC dalam masa sama turut berkata bahawa pawagam yang telah beroperasi sejak 27 Januari 2005 iaitu selama 17 tahun itu merupakan pengalaman amat bermakna kepada syarikat tersebut.
Bukan itu sahaja, pihak GSC juga berkata bahawa mereka menghargai segala sokongan yang telah diberikan oleh orang ramai sepanjang pawagam itu beroperasi.
“Senyumanmu, gelak tawa dan sorakan akan sentiasa diingati dalam hati kami,” jelas GSC.
Orang Ramai Dijemput Ke GSC LaLaport BBCC
Sementara itu, GSC menjemput para pelanggan untuk berkunjung ke cawangan yang terdekat dengan lokasi tersebut iaitu di GSC LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) bagi menikmati tayangan filem menarik.

Menerusi ruangan komen, syarikat pawagam berkenaan mengumumkan bahawa mereka akan membuka cawangan baru dalam masa terdekat di tiga lokasi iaitu 163 Retail Park Mont Kiara, Exchange TRX dan KL East Mall.
“Stay tuned on our new cinema opening okay!” jelas GSC.
Netizen Luah Rasa Sedih Tentang Penutupan GSC Berjaya Times Square
Menjengah ke ruangan komen hantaran, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sedih serta berkongsi pengalaman mereka terdahulu apabila berkunjung ke pawagam tersebut.
“Terima kasih untuk segala dedikasi dan servis kepada pelanggan sepanjang tahun-tahun sebelum ini. GSC brings a lot of memories,” kata seorang pengguna laman Facebook.
Ada juga yang bersetuju dengan penutupan cawangan tersebut susulan lokasi baru yang lebih strategik.
“It is definitely a better move kerana pawagam baru akan dibuka di lokasi yang lebih baik daripada yang sekarang ini,” kata seorang warganet.
Orang ramai dalam masa sama meluahkan bahawa mereka akan merindui pawagam yang telah berbelas tahun beroperasi.
“Saya telah meluangkan hujung minggu yang tak terkira di pawagam tersebut. Akan sentiasa dirindui,” ujar seorang wanita.

Baca Artikel Berkaitan: GSC Bakal Tutup Cawangan Di Alamanda Putrajaya Ogos Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram