Now Reading
Banjir Kilat Di Subang Parade, Pusat Beli-belah Tutup Aras Bawah Tanah Sehingga Esok, 7 November

Banjir Kilat Di Subang Parade, Pusat Beli-belah Tutup Aras Bawah Tanah Sehingga Esok, 7 November

Kerja pembinaan di belakang Subang Parade dikatakan menjadi punca kepada banjir kilat di dalam pusat membeli-belah tersebut.

subang parade

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejadian banjir kilat yang melanda sebuah pusat membeli-belah Subang Parade di Subang Jaya, Selangor pada semalam (5 November) telah mengakibatkan ruang dalaman lokasi itu dimasuki air.

Beberapa premis kedai serta kawasan parkir bawah tanah mengalami banjir selepas hujan lebat sekitar petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8:39 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati banjir berketinggian kira-kira 0.3 meter yang berlaku di bahagian bawah tanah pusat beli belah berkenaan. Banjir turut membabitkan sebuah kedai peralatan elektrik yang terletak di aras sama.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Memetik sumber Harian Metro, kejadian banjir kilat itu tidak melibatkan mana-mana mangsa yang mengalami kecederaan dan air juga dilaporkan semakin surut pada sekitar 10:38 malam semalam (5 November).

Sumber: Subang Parade

Sistem Perparitan Punca Banjir Kilat Di Dalam Subang Parade

Memetik sumber Berita Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat menjelaskan bahawa kerja pembinaan di belakang Subang Parade dikatakan menjadi punca kepada banjir kilat di dalam pusat membeli-belah tersebut.

Kerja pembinaan berkenaan telah mengakibatkan sistem perparitan terganggu sehingga menyebabkan limpahan air masuk ke dalam Subang Parade.

Akibat sistem perparitan di kawasan parkir bangunan yang tidak lancar, ia telah menyebabkan berlakunya banjir kilat paras buku lali di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.
Sumber: Subang Parade

Aras Bawah Tanah Subang Parade Ditutup Sehingga Esok, 7 November

Susulan kejadian yang berlaku, pihak Subang Parade tampil memohon maaf berikutan insiden tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Subang Parade, pihak pengurusan telah melaporkannya kepada balai bomba berhampiran untuk melakukan siasatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Sumber: Harian Metro
Sumber: Berita Harian

Kami menyedari situasi yang berlaku telah menyebabkan pengunjung kami terpaksa melalui pengalaman yang kurang menyenangkan. Kami meminta maaf atas perkara yang berlaku.

Subang Parade.

Selepas kejadian banjir kilat semalam (5 November), pusat membeli-belah itu kini beroperasi semula seperti biasa, kecuali hanya aras bawah tanah (Lower Ground Floor) sahaja yang ditutup.

Namun, ianya akan dijangka akan dibuka semula pada esok hari (7 November).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd