Now Reading
Puting Beliung & Belalai Air Punca Banyak Rumah Rosak Di Kedah

Puting Beliung & Belalai Air Punca Banyak Rumah Rosak Di Kedah

Insiden fenomena belalai air yang telah menyebabkan kerosakan pada 10 buah rumah di Kampung Pida 2, Kodiang bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (29 Oktober), rakyat Kedah dikhabarkan dengan berita bencana alam yang berlaku di Kampung Pida 2, Manggol Bongor, Kodiang.

Susulan itu, sebanyak 10 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat ribut belalai air.

Menurut salah seorang penduduk di kawasan tersebut, Marwan Kassim, 40, kejadian itu telah berlaku kira-kira jam 3.45 petang ketika dia sedang membaiki sebuah lori.

“Saya tiba-tiba ternampak kepulan angin membentuk seperti belalai. Pusaran angin itu kemudian menerbangkan bumbung rumah penduduk satu per satu ke udara,” ujar Marwan.

Lelaki itu juga meluahkan rasa terkejut selepas pertama kali melihat belalai air berlaku di depan mata.

Tambah penduduk tempatan itu, dia telah berlari ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri sendiri selepas sempat merakam beberapa detik kejadian belalai air yang menghala ke arah bengkel miliknya.


Penduduk Rugi RM40,000 Gara-gara Fenomena Belalai Air

Meskipun puting beliung itu adalah kecil, namun dia telah mengalami kerugian kira-kira RM40,000 selepas bengkel dan rumahnya terkesan daripada kejadian tersebut.

Antara barangan yang mengalami kerosakan adalah seperti mesin basuh dan peti sejuk.

Walaupun begitu, dia turut meluahkan rasa bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Sumber: Buletin TV3

11 Buah Rumah Di Arau, Kedah Rosak Akibat Puting Beliung

Bukan itu sahaja, sebanyak 11 buah rumah di Kampung Padang Besar, Guar Sanji juga terjejas apabila kawasan tersebut dilanda puting beliung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim berkata, seramai 35 mangsa terpaksa menumpang sementara di rumah saudara mereka di kawasan berdekatan.

Namun begitu, tiada mangsa yang cedera dilaporkan di tempat kejadian.

Sementara itu, insiden tersebut bakal dirujuk kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar tindakan selanjutnya boleh diambil.

Sumber: Sinar Harian Via Astro Awani

MET Malaysia Umum Keadaan Cuaca Di Kedah

Dalam pada itu, Pengarah MetMalaysia negeri Kedah telah tampil menjelaskan tentang fenomena yang melanda.

Menurut beliau, trend cuaca yang tidak menentu pada masa kini menyebabkan bencana alam seperti ribut dan puting beliung boleh berlaku.

Beliau dalam masa sama menjangkakan fenomena yang lebih kurang sama seperti itu berkemungkinan bakal berlaku lagi iaitu dalam tempoh peralihan monsun berterusan dari bulan September hingga November.

“Kemungkinan ini berlaku disebabkan oleh corak cuaca semasa perubahan monsun menyebabkan langit cerah pada waktu pagi, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga malam,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.


Cara Menghadapi Belalai Air & Puting Beliung

Belalai air boleh ditafsirkan sebagai sebuah fenomena puting beliung kecil yang sering berlaku di persisiran pantai.

Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), belalai air ini tidaklah sekuat puting beliung dan mempunyai hayat yang pendek iaitu dalam beberapa puluhan minit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menghadapi fenomena puting beliung. Antaranya:

  • Masukkan barang-barang ke dalam rumah supaya tidak ditiup angin.
  • Masuk ke dalam rumah dengan mengunci semua pintu dan tingkap.
  • Matikan semua suis elektrik yang sedang berfungsi.
  • Jauhi bangunan tinggi dan tiang elektrik jika berada di luar rumah.
  • Jangan meniarap di atas tanah untuk mengelakkan diri daripada disambar petir.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Kedah Dikejutkan Dengan Kejadian Puting Beliung

Baca Artikel Berkaitan: Ipoh Dilanda Puting Beliung Selama 10 Minit. Banyak Rumah Ditimpa Pokok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd