Now Reading
Penduduk Kedah Dikejutkan Dengan Kejadian Puting Beliung

Penduduk Kedah Dikejutkan Dengan Kejadian Puting Beliung

Kejadian puting beliung itu dilaporkan berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada petang Rabu (26 Januari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia dikira cukup bertuah kerana tidak mengalami banyak bencana alam yang lain seperti letusan gunung berapi, tsunami dan gempa bumi.

Walau bagaimanapun, kejadian puting beliung kecil yang masih boleh berlaku mendatangkan malapetaka kepada penduduk di kawasan kejiranan pada masa yang tidak dijangka.

Pada petang semalam (26 Januari), satu kejadian puting beliung melanda sebuah pekan di Kedah. Laman Facebook Inforoadblock memaklumkan bencana itu berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Seorang wanita di kawasan itu berjaya merakam suasana ketika puting beliung itu melintasi kawasan mereka. Dalam video berkenaan, penglihatan agak kabur kerana diliputi oleh pasir-pasir yang ditiup oleh puting beliung tersebut.

Serpihan dan barang-barang besar seperti kerusi plastik dan baldi biru turut ‘ditarik’ oleh angin yang berpusar itu.

Wanita berkenaan juga kelihatan berundur beberapa langkah dan cuba mencari tempat berteduh daripada angin kencang.

Tidak lama selepas itu, puting beliung itu dilihat bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

Menurut Plex Page, Malaysia merekodkan 42 puting beliung yang pernah berlaku di seluruh Kedah dan Selangor pada 2014 dengan kelajuan angin tertinggi mencecah 240 km/j.

Apa perlu dilakukan jika berhampiran dengan puting beliung?

Jika anda berhampiran di kawasan puting beliung, cari tempat perlindungan yang selamat di bangunan yang kukuh atau di bawah meja berat.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan untuk menutup badan dengan selimut, beg tidur atau tilam dan juga melindungi kepala dengan apa-apa yang ada di sekitar anda.

CDC juga memberi nasihat supaya mengelakkan diri daripada berlindung di dalam bilik yang mempunyai tingkap dan elakkan dari cuba berlari ke arah puting beliung.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd