Ipoh Dilanda Puting Beliung Selama 10 Minit. Banyak Rumah Ditimpa Pokok
Kejadian puting beliung itu dilaporkan berlaku di kawasan Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di Ipoh, Perak semalam (30 Januari).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Malaysia adalah negara yang cukup bertuah kerana berada di kawasan terlindung daripada bencana bumi seperti letusan gunung berapi, tsunami dan gempa bumi.
Sejak berlakunya perubahan klimaks cuaca di seluruh dunia, negara kita juga mula dilanda beberapa bencana alam seperti kejadian puting beliung yang berlaku baru-baru ini Kedah.
BACA JUGA: Penduduk Kedah Dikejutkan Dengan Kejadian Puting Beliung
Namun, kejadian yang sama mengejutkan rakyat Malaysia sekali lagi apabila sebuah kawasan di Ipoh pula dilanda puting beliung.
Boleh lihat video penuh [DI SINI].
Menurut laporan, kawasan Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di Ipoh, Perak dilaporkan berlaku kejadian puting beliung pada petang semalam (30 Januari).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan daripada penduduk di kawasan itu pada jam 6.40 petang sebelum bergegas ke lokasi.
Kejadian tersebut telah menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa beberapa buah rumah berhampiran.


Salah seorang penduduk di kawasan tersebut menceritakan puting beliung yang hanya berlaku selama 10 minit itu cukup memberi pengalaman yang mengerikan buatnya.
Sehingga kini, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan beberapa agensi juga dilihat membantu penduduk untuk mengalihkan pokok tumbang yang telah menghalang laluan lalu lintas di jalan raya.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

