Now Reading
Whoscall Kerjasama Dengan PDRM Banteras Scammer, Berjaya Turunkan 10% Kadar Jawab Panggilan Palsu

Whoscall Kerjasama Dengan PDRM Banteras Scammer, Berjaya Turunkan 10% Kadar Jawab Panggilan Palsu

Kerjasama Whoscall dan Polis Diraja Malaysia telah mengurangkan kadar menjawab panggilan penipuan atas talian dalam kalangan rakyat Malaysia daripada 21% kepada 11% dalam tempoh lapan bulan.

whoscall (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk membanteras jenayah penipuan di Malaysia, tetapi individu yang berniat jahat ini masih berleluasa.

Malah, ada sahaja modus operandi yang licik dan berbeza-beza yang direka oleh mereka bagi mengumpan lebih ramai mangsa.

Antara jenayah scam yang sering berlaku di Malaysia adalah melalui tawaran bekerja, panggilan telefon dan pautan atas talian.

Artikel Berkaitan: Ini 3 Online Scam Paling Popular Di Malaysia, Ramai Yang Kecundang

Artikel Berkaitan: Pengguna Twitter Ini Dedah Cara Elak Kenal Pasti ‘Job Scam’ Di Internet

Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook


Whoscall Bekerjasama Dengan Polis Diraja Malaysia Banteras Jenayah Scam Menerusi Panggilan Telefon

Jenama terkemuka dalam TrustTech yang dikuasai oleh Gogolook iaitu Whoscall pada hari ini (20 Oktober) mengumumkan hasil positif selepas bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kerjasama yang dimulakan sejak Januari 2023 telah berjaya mengurangkan kadar menjawab panggilan penipuan dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia daripada 21% kepada 11% dalam tempoh lapan bulan.

Sumber: Whoscall

Whoscall mengenalpasti 3.1 juta panggilan penipuan dalam talian (Scam Calls) dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Malaysia dari Januari hingga ke Ogos 2023 dengan melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian menerusi portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM kepada sistem data Whoscall.

Dengan pangkalan data yang dikongsi daripada PDRM, kami dapat menambah penandaan PDRM pada panggilan yang tidak diketahui di bawah ‘Scammer (Disahkan oleh PDRM)’. Kaedah ini terbukti sangat berjaya dalam menghalang rakyat Malaysia daripada menjawab panggilan penipuan dalam talian.

Ketua Pegawai Operasi Gogolook, Manwoo Joo.

Whoscall Lancar Ciri Terbaharu

Manwoo Joo juga menambah bahawa Whoscall baru-baru ini telah melancarkan ciri terbaru iaitu pengenalan panggilan tidak diketahui Whatsapp yang percuma untuk semua pengguna Whoscall.

Ciri terbaharu dapat melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan di WhatsApp.

Sumber: Whoscall

Tambahnya, ciri ini merupakan tambahan baharu kepada ciri URL Scanner yang diperkenalkan pada Mei tahun ini bagi membantu mengenal pasti pautan yang selamat atau tidak untuk diklik.

Mengulas lanjut tentang kerjasama semasa lawatan PDRM ke ibu pejabat Gogolook di Taiwan, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman iaitu ACP Azman Bin Mohd Isa berbesar hati selepas melihat hasil positif yang ditunjukkan.

Kerjasama dengan Whoscall ini merupakan elemen penting dalam Kempen
Anti-Scam PDRM yang sedang berjalan yang menawarkan tindakan yang boleh diambil untuk melindungi daripada penipu dengan memanfaatkan teknologi pengenalan panggilan yang tidak diketahui Whoscall.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Azman Bin Mohd Isa.

Whoscall sebelum ini telah disahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan aplikasi ID pemanggil pertama serta satu-satunya yang disahkan oleh PDRM.

Pengguna Whoscall boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui melalui senarai data Whoscall dan mengenal pasti ID pemanggil menggunakan aplikasi ini secara percuma.

Unntuk maklumat lanjut tentang ciri dan kemas kini terbaharu Whoscall, boleh klik [DI SINI] atau terus muat turun aplikasi Whoscall secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd