Now Reading
“Kebajikan Mereka Keutamaan Kami” – Pekerja MYAirline Tidak Dibuang & Gaji Tetap Akan Dibayar

“Kebajikan Mereka Keutamaan Kami” – Pekerja MYAirline Tidak Dibuang & Gaji Tetap Akan Dibayar

Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan tiada kakitangan mereka yang diberi cuti tanpa gaji, sebaliknya terus berkhidmat sehingga ke hari ini.

myairline pekerja masih dibayar gaji

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan tempatan MYAirline, ramai pihak yang menawarkan bantuan dari segi peluang pekerjaan kepada kakitangan mereka termasuklah AirAsia dan stesen radio Fly FM.

Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines & AirAsia Berganding Bahu Bantu Penumpang & Pekerja MYAirline

Walau bagaimanapun, seramai 900 pekerja MYAirline dilaporkan tidak dibuang kerja dan masih berkhidmat dalam syarikat penerbangan itu sehingga ke hari ini.

Memetik sumber Harian Metro, Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan pihak mereka akan berusaha untuk membayar gaji kakitangan sebaik sahaja menerima pelabur baharu yang akan mengambil alih.

Malah, tiada pekerja yang diberi cuti tanpa gaji atau ditamatkan perkhidmatan.

Kebajikan kakitangan tetap keutamaan kami, sebaik sahaja pembiayaan diperoleh, kami akan mengutamakan pembayaran berkanun dan gaji bulan September kepada kakitangan.

Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Dalam sidang media sama yang diadakan di Ibu Pejabat MyAirlines semalam (16 Oktober), Azharuddin juga memberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Stuart Cross sudah meletakkan jawatan dan tidak lagi menjadi sebahagian dari MYAirline.

Sumber: Harian Metro

MYAirline Sudah Mulakan Pelan Pemulihan Perkhidmatan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan 

Dengan misi untuk menambahbaik serta meningkatkan akauntabiliti, MYAirline telah memulakan Pelan Pemulihan Perkhidmatan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan.

Dalam pada itu, rundingan bersama bakal pelabur baharu juga akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat bagi menyelamatkan syarikat penerbangan terbabit.

Pengutamaan semula objektif juga akan diumumkan selepas permodalan semula selesai. Berhubung dengan bakal pelabur, MYAirline sedang giat meneroka perkongsian strategik dan kini menerima beberapa cadangan. Kami akan sentiasa membawakan perkembangan terkini berhubung syarikat kepada kakitangan dan pihak media.

Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
Sumber: MYAirline

Netizen Harap MYAirline Kembali Beroperasi Pada Masa Akan Datang

Dalam pada itu, ramai netizen yang berharap agar perkhidmatan penerbangan MYAirline ini dapat kembali beroperasi pada masa akan datang.

Ini kerana segelintir netizen memuji servis perkhidmatan mereka dan turut mendoakan agar operasi MYAirline berjalan dengan lancar.

Sumber: Facebook

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Syarikat MYAirline?

Pada 7 Oktober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline iaitu Rayner Teo telah meletakkan jawatan atas sebab kesihatan.

Menerusi kenyataan media pada 12 Oktober, MYAirline terpaksa menggantung operasi mereka atas faktor tekanan kewangan selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

Pihak MYAirline memohon maaf atas perkara yang berlaku dan mendakwa ini merupakan satu-satunya cara terbaik yang mereka miliki pada masa ini.

Sementara itu, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang dan perlu mencari alternatif lain untuk menuju destinasi mereka.

Penumpang yang berdepan kesulitan juga diminta untuk menghubungi customercare@myairline.my dan pasukan sokongan MYAirline.

Sebagai info, MYAirline telah diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 %), Trillion Cove Holdings Bhd (10%) dan Pengasas Bersama serta Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayner Teo (2%).

Artikel Berkaitan: AirAsia Hulur Bantuan Untuk Penumpang MYAirline Yang Terjejas

Artikel Berkaitan: Sijil Penerbangan MYAirline Digantung Sementara – CAAM

Artikel Berkaitan: “Jangan Aniaya Orang” – Penggantungan Operasi MYAirline Tanpa Notis Awal Buat Pelanggan Berang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd