Now Reading
Gelandangan Terperangkap Dalam Longkang Besar Diselamatkan Pihak Bomba Di Kajang

Gelandangan Terperangkap Dalam Longkang Besar Diselamatkan Pihak Bomba Di Kajang

Mangsa yang terperangkap di dalam longkang besar berhampiran Plaza Metro Kajang itu merupakan seorang lelaki gelandangan warga tempatan berusia 40 tahun.

gelandangan terperangkap dalam longkang besar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Detik mencemaskan selama 20 minit telah membimbangkan seorang gelandangan apabila dia dikatakan telah terperangkap di dalam sebuah longkang besar berhampiran Plaza Metro Kajang semalam (3 Oktober).

Perkara itu disedari oleh seorang saksi yang sedang melalui Jalan Tun Abdul Aziz dan terlihat kelibat seperti seseorang berada di bawah longkang besar itu.

Pada awalnya, saksi menyangka lelaki di dalam longkang berkenaan sudah tidak bernyawa dan segera menghubungi pihak bomba.


Pihak Bomba Datang Menyelamatkan Gelandangan Di Bawah Longkang Besar

Memetik sumber Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 8:24 pagi.

Selepas panggilan diterima, seramai sembilan anggota serta dua jentera di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang digegaskan ke lokasi kejadian.

Pihaknya mengesahkan bahawa seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun dipercayai terperangkap di bawah longkang besar berdalaman 2.44 meter.

Operasi untuk mengeluarkan mangsa dilakukan dengan cara mengumpil besi penutup longkang tersebut dan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum seorang gelandangan dalam keadaan kotor serta lemah berjaya diselamatkan.

Sumber: Kosmo

Mangsa berada di dalam longkang selepas berjalan melalui longkang kecil yang disambung ke longkang besar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Selepas pemeriksaan dilakukan, gelandangan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan pada tubuh badannya berikutan kejadian yang berlaku.

Sumber: Sinar Harian | Majoriti


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd