Now Reading
Syed Saddiq Dakwa Kerajaan Tarik Balik Dana Peruntukan Kawasan Lepas Jadi Pembangkang

Syed Saddiq Dakwa Kerajaan Tarik Balik Dana Peruntukan Kawasan Lepas Jadi Pembangkang

Syed Saddiq memaklumkan penarikan semula peruntukan tersebut mendapat pengesahan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

syed saddiq dana peruntukan ditarik oleh kerajaaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq telah mengambil keputusan untuk untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mengambil keputusan untuk menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Perkara ini dilakukan susulan kerajaan yang telah menggugurkan kes rasuah melibatkan beberapa ahli politik dan mendakwa ia telah melanggar prinsip kerajaan Madani yang mahu melawan rasuah.

Artikel Berkaitan: MUDA Umum Keluar Dari Kerajaan Perpaduan, Bakal Sertai Pembangkang


Syed Saddiq Dakwa Dana Peruntukan Untuk Muar Ditarik Semula Selepas Bertukar Ke Pihak Pembangkang

Menerusi video yang dimuat naik di laman X (Twitter @SyedSaddiq), Ahli Parlimen Muar ketika bersidang di Parlimen mendakwa dana peruntukan untuk kawasannya telah ditarik semula oleh pihak kerajaan PH-BN.

Beliau memaklumkan penarikan semula peruntukan tersebut mendapat pengesahan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Izinkan saya beri penerangan. Dalam bab ini saya dapat pengesahan daripada pihak ICU sebaik sahaja saya berada di blok ini (pembangkang), peruntukan telah ditarik dan dikosongkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga mempersoalkan peruntukan sebanyak RM4 juta yang diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan, manakala Ahli Parlimen Pembangkang pula tidak menerima sebarang dana bagi membantu rakyat di kawasan mereka.

Persoalan sama kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang yang saya yakin sampai hari ini belum dapat peruntukan. Dalam RM3.8 juta yang semua Ahli Parlimen Kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk membina dewan, baik pulih sekolah dan bantu orang susah.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Tegasnya, kerajaan perlu menjawab kepada rakyat Muar dan tidak seharusnya menghukum rakyat di kawasan tersebut dengan penarikan dana berkenaan.


Keputusan MUDA Keluar Dari Kerajaan Beri Impak Kepada Beberapa Perkara

Pengumuman yang diberitahu oleh Syed Saddiq tentang penarikan sokongan MUDA terhadap Kerajaan Perpaduan secara tidak langsung memberi impak kepada beberapa perkara.

Ini kerana kerajaan kini kekurangan satu kerusi dan sekaligus hilang status sebagai kerajaan majoriti dua pertiga yang juga jumlah minimum diperlukan untuk meluluskan beberapa pembaharuan termasuk hak kewarganegaraan bagi wanita yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia di luar negara serta memisahkan jawatan peguam negara dan pendakwa raya.

Sumber: Twitter Syed Saddiq | Kosmo | Malaysiakini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd