Now Reading
MUDA Umum Keluar Dari Kerajaan Perpaduan, Bakal Sertai Pembangkang

MUDA Umum Keluar Dari Kerajaan Perpaduan, Bakal Sertai Pembangkang

Presiden MUDA, Syed Saddiq mahu fokus sebagai kuasa ketiga di blok pembangkang supaya menjadi suara rakyat serta menjalankan prinsip ‘Semak dan Imbang’ bagi melawan rasuah di Malaysia.

muda keluar dari kerajaan (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) baru-baru ini mengumumkan untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden MUDA iaitu Syed Saddiq atau nama sebenar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihak mereka bakal menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

MUDA juga telah menghantar surat rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memohon pertimbangan di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.


Syed Saddiq Dedah Kenapa Mahu Keluar Dari Pimpinan Kerajaan Perpaduan

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Saddiq di laman X (Twitter @SyedSaddiq), beliau mendakwa keputusan kerajaan untuk menggugurkan 47 kes rasuah telah menjadi punca MUDA bersepakat mahu keluar dari tampuk pimpinan kerajaan Madani.

Jelasnya, penggguguran kes rasuah tersebut dikatakan telah melanggar prinsip kerajaan Madani yang mahu melawan rasuah.

Siapa sangka kerajaan yang dipanggil ‘perpaduan’ ini akan menggugurkan kes-kes rasuah atas dasar mahukan kuasa. Saya tak akan biarkan Malaysia menormalisasikan rasuah.

Presiden MUDA, Syed Saddiq.
Sumber: MalayMail

Tambah Saddiq lagi, MUDA kini mahu fokus sebagai kuasa ketiga di blok pembangkang supaya menjadi suara rakyat serta menjalankan prinsip ‘Semak dan Imbang’.

Ini adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah. Kami tidak akan bertoleransi dengan pergerakan tidak berprinsip ini. Biarlah saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar.

Presiden MUDA, Syed Saddiq.

Dalam pada itu, MUDA akan tetap menyokong segala usaha reformasi institusi dan perihal rakyat.


Keputusan MUDA Keluar Dari Kerajaan Beri Impak Kepada Beberapa Perkara

Pengumuman yang diberitahu oleh Syed Saddiq tentang penarikan sokongan MUDA terhadap Kerajaan Perpaduan dipercayai akan memberi impak kepada beberapa perkara.

Memetik sumber Malaysiakini, kerajaan kekurangan satu kerusi daripada jumlah minimum yang diperlukan untuk meluluskan beberapa pembaharuan termasuk hak kewarganegaraan bagi wanita yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia di luar negara serta memisahkan jawatan peguam negara dan pendakwa raya.


Kes-kes Rasuah Yang Telah Digugurkan

Terdahulu, beberapa kes rasuah melibatkan ahli politik telah digugurkan oleh pihak mahkamah.

Sumber: MalayMail/ Malaysiakini

Pada Isnin lalu (4 September), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Artikel Berkaitan: Apakah Maksud Keputusan ‘Dilepaskan Tanpa Dibebaskan’ Atau DNAA Oleh Mahkamah?

Artikel Berkaitan: 47 Kes Tuduhan Rasuah Zahid: Ketua Pasukan Pendakwaan Digugurkan

Selain itu, Mahkamah Tinggi turut membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Sumber: Twitter Syed Saddiq | Malaysiakini | Astro Awani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd