Now Reading
Dr Wan Azizah Terima Anugerah Doktor Falsafah Dari Universiti Selangor

Dr Wan Azizah Terima Anugerah Doktor Falsafah Dari Universiti Selangor

Dr Wan Azizah diberi penganugerahan Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) Sains Politik dan Kemasyarakatan oleh pihak Universiti Selangor (Unisel).

DR WAN AZIZAH DOKTOR FALSASAH UNISEL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Ahad lalu (9 September), Universiti Selangor (Unisel) telah melangsungkan Istiadat Konvokesyen kali ke-17 di Dewan Canselor, kampus Bestari Jaya.

Majlis konvokesyen tersebut turut dihadiri oleh isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Dr Wan Azizah.


Unisel Anugerahkan Doktor Falsafah Kepada Dr Wan Azizah

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Wan Azizah di laman Instagram miliknya (@drwanazizah), beliau memaklumkan tentang penganugerahan Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) Sains Politik dan Kemasyarakatan yang diberikan oleh pihak Unisel.

Dr Wan Azizah dengan penuh rasa syukur telah mengucapkan terima kasih kepada pihak Unisel atas penganugerahan tersebut dan berharap ia memperoleh keberkatan daripadanya.

Sumber: Instagram @drwanazizah

Terima kasih diucapkan kepada YAD Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor Unisel yang telah menyampaikan Ijazah Kehormat ini. Semoga penganugerahan ini beroleh keberkatan dan keredhaan.

Dr Wan Azizah.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa serta graduan yang telah bergraduasi pada hari tersebut dan mendoakan mereka dilimpihi kejayaan selamanya.

Tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga serta para graduan sendiri diatas kejayaan yang telah dilakar pada hari ini. Semoga terus maju jaya dan cemerlang saya ucapkan. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Dr Wan Azizah.

Ramai Ucap Tahniah Kepada Dr Wan Azizah Atas Penganugerahan Tersebut

Hantaran yang dimuat naik oleh Dr Wan Azizah itu telah mendapat pelbagai reaksi positif dari orang ramai yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada beliau.

Mereka juga menyokong penganugerahan tersebut kerana menganggap Dr Wan Azizah adalah antara individu yang layak selepas melihat kepada perjuangan beliau dalam bidang politik serta masyarakat.

Sumber: Instagram

Profil Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah binti Wan Ismail merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan P124 Bandar Tun Razak yang kini berusia 69 tahun.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-12 serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Pakatan Harapa pada tahun 2018 sehingga 2020.

Sumber: Instagram @drwanazizah

Sebelum terlibat dalam bidang politik pada tahun 1993, Dr Wan Azizah berkhidmat sebagai pakar oftamologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Malaya.

Sumber: Instagram @drwanazizah | MYMP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd