Now Reading
Datuk & Cucu Lemas Dalam Kolam: “9 Tahun Saya Tunggu Cahaya Mata” – Ibu

Datuk & Cucu Lemas Dalam Kolam: “9 Tahun Saya Tunggu Cahaya Mata” – Ibu

Muhammad Ziyaf Mikhail ditemui lemas bersama datuk­nya, Azmi Abdullah di sebuah kolam hiasan terbiar di Taman Kempas pada hari Isnin lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kita boleh lihat semakin banyak nyawa yang terkorban akibat lemas mahupun di laut, kolam, air terjun dan sebagainya.

Walaupun seseorang itu telah berhati-hati, namun kejadian sebegini ada kalanya tidak dapat dielakkan.


Datuk & Cucu Ditemui Lemas Dalam Kolam Hiasan Terbiar, Taman Kempas

Pada hari Isnin yang lalu (11 September), satu kejadian menyayat hati telah menimpa sebuah keluarga apabila mereka kehilangan anak tersayang, Muhammad Ziyaf Mikhail bersama datuknya, Azmi Abdullah akibat lemas di sebuah kolam hiasan terbiar sekitar Taman Kempas.

“Sembilan tahun saya dan suami tunggu zuriat, tetapi dia pergi tidak sampai dua tahun tinggal bersama kami,” kata Zarina Azmi iaitu ibu kepada kanak-kanak yang berumur setahun tujuh bulan itu.

Menurut Zarina, dia reda atas ketentuan Allah SWT dan terhadap segala yang terjadi namun masih berasa trauma dengan insiden ini.

Semalam (12 September), Zarina yang berada di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) turut berkata dia bersama suami masih berduka dengan kehilangan anak tersayang dan berkemungkinan mengambil masa yang panjang untuk melupakannya.


Anak Bermanja Seharian Dengan Ibu Sebelum Pergi Selamanya

Dalam pada itu, Zarina berkata dia berasa pelik dengan tingkah laku anak lelaki yang asyik memeluk dan mencium apabila sedang menemaninya di sebuah gerai makan miliknya sekitar Taman Kempas.

Adik Ziyaf dikatakan tidak puas bermanja dengan ibunya sebelum dijemput oleh datuk pada jam 5 petang hari Isnin.

Sumber: Kosmo/Astro Awani

“Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dimaklumkan anak ditemui me­ninggal dunia di dalam kolam itu kira-kira pukul 7.20 petang kelmarin,” ujar Zarina dalam keadaan sebak.


Lumut Licin Dipercayai Punca Datuk & Cucu Lemas

Selanjutnya, adik kepada Allahyarham Azmi yang dikenali sebagai Yusof berkata dia terkejut mendengar khabar berita dan panggilan yang mengatakan abangnya telah terlibat dengan kejadian tersebut.

Arwah yang sudah lama pencen sebagai tukang kebun sekolah dikatakan telah banyak meluangkan masa bersama cucu kesayangan dan selalu meronda pada waktu petang dengan menaiki motosikal.

Dakwa Yusof, dia difahamkan bahawa insiden ini kemungkinan terjadi apabila kanak-kanak itu turun dari motosikal dan bertindak berlari ke arah kolam sebelum terjatuh.

Tambahnya, Azmi berkemungkinan berlari ke arah kolam untuk menyelamatkan cucunya yang dilihat terjatuh ke dalam kolam.

“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri,” dakwa Yusof.

Ziyaf yang ditemui lemas bersama Azmi telah dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal untuk dikebumikan selepas selesai urusan bedah siasat.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Kecil Lemas Ketika Main Air & Ibu Bapa Tiada Di Sisi. Lelaki Ini Kongsi Situasi Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: Bot Terbalik Di Teluk Batik Ragut Nyawa Seorang Wanita, Netizen Dakwa Bot Tak Sediakan Jaket Keselamatan

Baca Artikel Berkaitan: Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Doktor Ini Kongsi Cara Beri Bantuan Kepada Mangsa Lemas

Sumber: Kosmo | Astro Awani


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd