Keputusan PRN2023: 6 Negeri Kekal Dengan Kerajaan Sama
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN2023) menunjukkan bahawa PH-BN berjaya menang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala Kelantan, Terengganu dan Kedah dimiliki oleh PN.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN2023) bagi enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pengundi.
Hasil pengundian yang bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang (12 Ogos) telah mengesahkan bahawa keenam-enam negeri yang bertanding bagi PRN2023 masih kekal dengan kerajaan sama seperti sebelum ini.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berikut adalah keputusan penuh selepas pengiraan undian selesai dilakukan.
- Selangor: PH-BN (34/56 kerusi)
- Terengganu: PN (32/32 kerusi)
- Negeri Sembilan: PH-BN (31/36 kerusi)
- Kelantan: PN (43/45 kerusi)
- Pulau Pinang: PH-BN (29/40 kerusi)
- Kedah: PN (33/36 kerusi)
Semoga tampuk kepimpinan terbaharu yang dipilih oleh rakyat ini dapat memberikan sinar harapan buat setiap negeri supaya lebih maju dan dapat membantu rakyat mereka pada masa akan datang.
Selamat mentadbir.
Seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, beliau akan memberikan cuti umum pada Isnin ini (14 Ogos) jika Kerajaan Perpaduan terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) berjaya menang di Selangor.
Memetik laporan Astro Awani, Negeri Sembilan turut mengumumkan cuti peristiwa kepada kesemua penduduk di Negeri Sembilan.
Kedah dan Kelantan juga akan bercuti pada esok hari (14 Ogos).
Artikel Berkaitan: “Selangor Cuti Umum Isnin Ini Jika PH & BN Menang PRN2023” – Amirudin Shari
Sumber: Astro Awani
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.